Saturday, December 31, 2011

0
Day 527 : melakar blog =)


Jengjalan Buang Masa ...


Ajak kawan saya pergi Guardian semata-mata nak beli baby baru. Haha, semacam je bila masa pula Guardian jual baby ni? Hehe, maksud lynn ialah BabyLips. Actually banyak benda nak beli. Tapi bila dah sampai Guardian, teringat baby jer, hampeh kan. Dah sampai rumah bari teringat nak beli cream, pembersih muka, skaf. Adoi, baby pula yang terlebih penting. Hehe, nevermind lah, esok-esok boleh beli lagi. By the way, malam kang lynn ikut kawan balik Melaka! Yeahh, boleh shopping sana, hik3. Tak habis-habis shopping kan kan? Adess, bila dah shopping ini lah jadinya. Sabar jelah, my future husband yer. Hik3


My new baby!




Friday, December 16, 2011

0
Day 512 : melakar blog =)


Hadiah Hari Jadi ...


Dah masuk 28hari selepas birthday lynn, bulan lalu. Hari ni, lynn dapat lagi satu hadiah! Lynn dapat hadiah bear! Yeahhh, besar kedabak tau korang. Lynn mula-mula tengok dah terkejut beruk tau bila kawan lynn buka bonet kereta Jazz dia tuh. Ingat nak meloncat-loncat jer. Tapi fikir balik, depan opublic mana boleh terkinja-kinja, ye tak? Heee, sumpah lynn senyum lebar je bila angkat bear tuh. Tapi berat lol! Semput lynn bawa bear ni naik apartment lynn. Nak masuk lif pun susah, nasib ada abang ni offer nak tolong angkat. Haa, alang-alang ada orang nak tolong, apa lagi. Sampai kedepan rumah dia tolong angkat. Segan gila, masuk rumah bawa bear kedabak tuh. semua kengkawan tanya. Lynn buat muka selamba sudah, hik3. Anyway, lynn ucapkan terima kasih jie. Untuk hadiah yang berat kedabak tuh. Thanks :)

Kedabak kan SmoothyBear, itu nama bear saya !!




Sunday, December 04, 2011

0
Day 500 : melakar blog =)

Breakfast ...

Sunday, 04/11/2011 - 9.30am

Sanggup bangun awal sebab nak breakfast kat mcD, giant seksyen13. Kalau tidak, memang tak lah kan nak bangun awal, hujung minggu ni. Ini pun sebab tak pernah lagi breakfast dengan Ili Nur Farhana , tuh yang sanggup juga nak bangun awal. Bila lagi kan, nak breakfast dengan dia, lynn pun selalu busy je, akhir-akhir ni. Hee :D

Bila dah makan sikit baru teringat nak ambil picture, hampeh.

Pagi-pagi dah layan Gempak dia ni. Dia memang selalu langgan Gempak. Tak pernah miss rasanya majalah ni.




Wednesday, November 30, 2011

0
Day 496 : Melakar Blog =)


5 Deadly Terms By A Woman

Fine!
This is the word used to end an argument when, she know she is right and you need to shut up.

Nothing
Means something and you need to be worried.

Go Ahead
This is a dare, not permission, do not do it!

Whatever
Is a woman's way of saying screw you!

That's Ok
She is thinking long and hard on how and when you will pay for your mistakes.





Monday, November 21, 2011

4
Day 487 : melakar blog =)

Stress!

Urghh sangat stress! Sampai je rumah sewa terus tengok eklas, sebab nak tengok timetable for this sem. Tapi bila tengok je timetable, rasa tanak belajar pun ada. Rasanya korang jangan terkejut kalau tengok saya kerja, sebab tanak masuk kelas! This sem lynn ambil 6subject, bagi korang mungkin macam biasa je. Tapi bagi lynn yang otak tak berapa pandai ni, alahai beratnya. Yelah, lynn bukan boleh kalau tertekan sangat. Ini sangat tak baik untuk kesihatan tau you all. Tetiba ja topik kesihatan, hik3. Sambung topik utama kita, lynn rasa nak menangis pun ada bila tengok timetable. Mana tak nya, kelas sampai pukul 8pm! Mana pernah sebelum ni kelas sampai pukul 8pm. Bagi lynn biar lah kelas siang pack, tapi jangan ganggu malam lynn! Masa malam untuk diri lynn, tak kira lah belajar ke, kerja ka. Saya amat titik berat masa rehat saya!

1. INTERNATIONAL BUSINESS
2. COST ACCOUNTING
3. INFORMATION TECHNOLOGY FOR BUSINESS
4. FINANCIAL MANAGEMENT
5. INTERNATIONAL MARKETING
6. PROFESSIONAL ENGLISH

Pehhh berdarah gua!




Sunday, November 20, 2011

8
Day 486 : melakar blog =)

Go Back Home .....


Sumpah sedih gila wei, nak balik Shah Alam ni. Nanti homesick lagi lah lynn. Rindu juga nak jumpa kengkawan semua kat sana. Actually diri ni, langsung tak bersedia nak balik Shah Alam. Rasa nak nak duduk rumah lagi. Seksanya duduk jauh dengan family. Dulu time STPM, kemain nak belajar jauh2, nak rasa hidup berdikari, but now bila dah jauh sedih pula. Pagi kejap lagi, rasanya lepas subuh dalam pukul 6.30 a.m lynn akan bertolak ke Shah Alam. Rasanya dalam 4jam sampai lah. So i need go to sleep now!


 Barang-barang nak bawa balik Shah Alam

Hik3 nanti rindu Pooh and Tiger saya.




Friday, November 18, 2011

2
Day 484 : melakar blog =)

Happy Birthday!




Genap pukul 12.00 a.m masuk lah umur saya 21tahun! Ohh tidak! Hehe, anyway hari jadi kali ni paling best! Gua dapat lappy baru! Haha, actually lappy Acer yang lama tuh ada macam rosak sikit. Nak guna boleh jer, tapi rasa sedih gila lah kan. So ibu belikan lappy baru. Hari ni, saya sambung birthday sekali dengan makngah saya. Harijadi makngah 09/11/2011. Tapi haritu, dia cakap nak sambung sekali, i mean buat makan sekali. Tiada apa yang special pun, yang penting saya dapat bersama family saya! itu dah cukup rahmat bagi saya, bersyukur sangat, walaupun tak dapat raikan bersama MyComel.



Thank ibu belikan kak long lappy :) 

Haha, dalam diam-diam adik ambil gambar! gedik lah kan.





Tuesday, November 15, 2011

0
Day 481 : melakar belog =)

Three Simple Rules In Life


1. If you do not GO after what you want, you'll never have it.

2. If you do not ASK, the answer will always be NO.

3. If you do not step FORWARD you'll always be in the same place.






Sunday, November 13, 2011

2
Day 479 : melakar belog =)

Lips ??


Hari ni, lynn tetiba rasa nak share kat korang jenama lipstick and lip gloss yang lynn guna untuk bibir lynn. Pernah dengar tak pepatah yang menyatakan ' bibir dan perempuan tak dapat dipisahkan '? Hik3, actually bahagian muka yang paling menarik pada perempuan ialah bibirnya. Korang setuju tak? Bila korang tengok perempuan bercakap mesti, korang tengok bibir dia kan kan? Terutamanya lelaki! Owhhh gatal ye, hik3.


Lipstick from, Maybelline


First lipstick yang lynn pakai. Yes it's from Maybelline, and for your information, this colour dah tak keluar di pasaran. Agak sedih, sebab lynn suka warna ni.

Lipstick from, Silkygirl


Lipstick kedua yang lynn beli. Colour dia not bad lah, walaupun tak sama seperti Maybelline tapi okey lah, sesuai dengan kulit lynn.

Lipstick from, Miss Rose


Lynn beli lipstick ni, sebab nak bantu kawan lynn. Dia ada jual barang kosmetik from Arab. So, lynn terjumpa lipstick ni, tambah2 nama dia Miss Rose kan, haha. Apa salahnya kan?

Lipstick from, MAC


Actually, lipstick ni lynn jarang pakai. So dah terkeluar dah kulit dia, hampeh. Kawan lynn kak as yang bagi lipstick ni, warna lipstick ni agak pucat warna nude. Lynn suka warna2 nude ni.

Lipstick from, Mentholatum


Lipstick kegemaran lynn! Nak tahu kenapa? sebab warna dia Vintage Pink. Kemana saja lynn akan bawa, lynn mesti akan letak handbag lynn.

Lipstick from, L'Oreal


Lynn beli lipstick untuk raya Aidilfitri hari tu. Hik3, tetiba rasa nak pakai new lipstick.

Lipgloss from, AVON

First lipgloss lynn beli, and until now masih boleh guna lagi. Lipgloss paling terbaik lah. Warna dia pun lawa.


My Precious Things!






Saturday, November 12, 2011

2
Day 478 : melakar belog =)


Knew there's something special
about the joy of this new day
Then I paused to think
why, it's your birthday

The sun is shining bright
the day is calm and clear
That must be the reason
this day is full of cheer

So just want to send you
warm wishes for this day
Hope it's filled with joy
as you celebrate another birthday

Happy Birthday to You, Happy Birthday to You, Happy Birthday to MyComel , Happy Birthday to You. Wishing you having a great and wonderful day! Saya sayang awak, Ummuahxx xoxo







Thursday, November 10, 2011

3
Day 477 : melakar belog =)

Can't wait 12.11.2011 & 18.11.2011 !

Hik3, dah setahun lynn tunggu tarikh ni datang lagi. Hope everything will be okey. Gua sayang comel gua :)








Tuesday, November 08, 2011

0
Day 475 : melakar belog =)

Merajuk ??


Alololo comelnya dia merajuk dengan saya. Siapakah? Hehe, orang yang lynn maksudkan ialah kawan rapat lynn, my girlfriend forever : NurSyafikahAzizan ! Disebabkan lynn tersangat-sangat lah lama tak buka account facebook lynn yang first tuh, lynn langsung tak sedar message tuh. Last message :
' Hope happy selalu '

Beside, lynn ada buat facebook baru semata-mata untuk main game BabyMaker tuh, lynn langsung tak add member, lynn yang lain. Hanya orang terdekat lynn jer, lynn add. Lagipun, lynn buka facebook just untuk main game tuh je. Mostly lynn spend time lynn kat twitter. Bukan sebab i lupa you sayang. Saya, tak mungkin lupa kawan saya ni, yang selalu ada untuk saya. I'am so sorry okey, dear :)








Monday, November 07, 2011

0
Day 474 : melakar belog =)


Ciri2 Lelaki Idaman Lynn ??

Mesti pelik kan, kenapa tetiba lynn post tentang tajuk ni? Tak semena-mena lynn bercakap tentang tajuk ni tanpa sebabkan? Actually, ada yang bertanya macam tajuk utama kita tuh, ‘ Ciri2 Lelaki Idaman Lynn? ’ errr, apa bendalah lynn nak merepekkan. Selama ni tak pernah terfikir pun or letak satu garis panduan untuk jadi ciri2 idaman ni. Tapi dah dorang tanya, so ini semua yang terlintas di fikiran lynn. Kalau bagi tempoh seminggu memang panjanglah senarainya... Ciri2 :

Mampu melakukan kerja lelaki
Kerja lelaki ini, ialah seperti membaiki paip, bertukang, membaiki kenderaan dan sebagainya. Bagi saya kerja2 ini, membuatkan dorang nampak cool, hebatkan? Contohnya, bila kereta rosak tengah jalan, telefon jer si suami atau si boyfriend mesti dorang datang settle kan masalah ! sweet kan kan kan ?  Ada research menyatakan wanita amat mudah terpikat terhadap lelaki yang mampu melakukan kerja2 lelaki. Mungkin ini merupakan rahsia yang kebanyakan lelaki tidak sedar.

Sopan
Mungkin ciri2 ini agak kuno tetapi mostly wanita bersetuju bahawa mereka lebih sukakan jenis lelaki yang sopan. Apa yang saya maksudkan, bukanlah perwatakan yang lembut, terlalu menjaga tingkah laku dan sebagainya.  Tetapi, kepada pertuturan mereka apabila bercakap dengan wanita. Sekeras2 hati wanita, tapi apabila ditegur oleh si Dia, boleh berendamkan air mata 3hari 2malam tau !  Hati perempuan ni, sangat sensitif, tak terkecuali juga saya. Lynn tak suka lelaki yang cakap lepas. Sekali dua, lynn boleh terima, tapi kalau dah banyak kali, rasanya tiada sebab lynn nak bertahan untuk hubungan macam tuh. Terutamanya apabila dikritikan tentang masakan. Ketahuilah, perempuan masak bukan untuk dikritik atau dikomen. At least, masakan mereka ada rasa, walaupun tak sehebat masakan di hotel 5stars ! Dan apa yang paling lynn pantang, kalau nak bandingkan masakan lynn dengan orang lain. Air tangan setiap orang berbeza. #TakeNote

Cara berpakaian 
Berpakaian dengan kemas dan smart. Lynn suka tengok lelaki yang pandai menjaga penampilannya, bukan untuk memilih tapi sekurang2 sedap mata ni memandang, selesa untuk didampingi. Tak perlu melebih2 dalam berpakaian, cukup lah simple dan nampak bersih.

Berjaya memikat hati ibubapa 
Dari kecil hingga besar, lynn memang rapat dengan family. Tak pernah sekali renggang dengan family, sehinggalah lynn sambung belajar di Shah Alam. Bukan senang nak cari someone yang dapat terima family kita sepenuhnya. Bagi lynn, sebelum dia nak masuk dalam hidup lynn, dia kena masuk dalam family lynn dulu. 

Mampu berdikari 
Bagaimana seorang lelaki mampu untuk melindungi seorang wanita sedangkan diri mereka sendiri masih tidak mampu untuk dilindungi? Persoalan ni, selalu bermain di fikiran wanita. Kalau si Dia tak mampu nak berdikari, macam mana si Dia nak pimpin saya? ......

Membuatkan saya berasa selamat 
Tiada apa yang dapat menyelesakan perempuan apabila berada disisi si Dia, daripada perasaan yang selamat. Sekiranya anda sudah berjaya membuatkan seorang wanita berasa selamat apabila bersama, anda sebenarnya telah berjaya memikat mereka. #TakeNote

Yang mampu buat saya ketawa sehingga lebam pipi (Kelakar)
Tanggungjawab seorang lelaki adalah untuk membuatkan perempuan ketawa. Hahaha, saya pula jenis yang mental sikit, so tak suka keadaan yang suram ! Tapi, tak perlu lah sampai nak melawak lampau kan? Sometime annoying juga kalau buat2 tuh.

Mengambil berat 
Perempuan suka, apabila diberi perhatian terhadap mereka. Tak kisahlah sama ada dikalangan perempuan sendiri atau dikalangan lelaki. Bagi lynn, cukuplah si Dia ambil berat tentang kehidupan lynn, walaupun skadar bertanya. Sekurangnya, ambil peduli tentang kehidupan lynn. Lynn sangat hargainya. Tapi, kalau beri lebih perhatian, lagi bagus.

Ada sifat kepimpinan 
Tugas besar seorang lelaki adalah untuk memimpin. Lynn suka tengok lelaki yang ada sifat kepimpinan ni. Bukan dari segi, memimpin perempuan dan keluarga, tetapi bagaimana mereka memimpin tingkah laku mereka sendiri untuk dijadikan contoh. Almaklum lah, sekarang susah sangat nak cari lelaki yang ada ciri2 macam ni. Bila kita, pertikaikan ada pula kaum adam yang bising. Tapi, ada tak mereka mendalami ke ertinya?

Lelaki yang penyabar
Yelah, perempuankan banyak karenahnya. Tak terlari juga dengan lynn. Family,  si Dia dan kengkawan lynn tahu lah sebanyak mana karenah lynn yang baru berumur '2tahun' ni. Sekejap2 nak gedik, sekejap2 nak marah sana sini, sekejap2 nak merajuk, sekejap2 nak itu lah, nak ini lah. Haihh, sapa tahan kan macam tuh? Tapi nak buat macam mana kan? So si Dia tak perlu nak marah2, cool sudah. #TakeNote


Anyway, semua ciri2 di atas tuh tak semuanya kita dapat kan ? Kita boleh senaraikan beratus2 ciri2 lelaki idaman kita, tapi tak semua lelaki ada ciri2 yang kita list kan tuh.  Lynn tak minta supaya lynn dapat lelaki yang mempunyai semua ciri2 di atas, cukup lah si Dia jadi dirinya sendiri. Tapi kalau si Dia ada ciri2 seperti di atas, itu adalah bonus :)





Wednesday, October 26, 2011

3
Day 442 : melakar belog =)

Mood of the day :

Nak nak nak bear baru :( 

Lynn buat facebook baru semata2 nak main BabyMaker :D ! Tambah2 baby lynn paling comel lol hahaha *perasan sendiri !* jum tengok photo baby Farish :)

hee comel tak anak saya :) ! Baby Farish

Anak mama, dapat baju baru :D !

baju tido :)

Anak mama Farish dah besar :) !

Farish pegi potong rambut dengan bantuan papa dia dok pilih style rambut :P !

Farish bila masuk primary school :)

Now, anak mama Farish dah grow up :D ! makin handsome tau :*

Farish anak mama, jangan nakal2 tau .. mama sayang Farish sangat2 :) ! hahaha cuti sem nie, lynn jadi mama sementara :)



Tuesday, October 18, 2011

0
Day 434 : melakar belog =)

Mood of the day :


Hai semuaorang :D ! tajuk buletin utama hari nie ' PITAM DI AIRPORT ! ' .. hik3 dok merepek plak dah kan. Berkenaan tajuk tuh, ia terjadi kat saya kot kelmarin ! time tuh dalam jam 6.30am di LCCT .. masa tuh lynn ngah tengok board sama ada buka ke belum, nak bawa masuk beg untuk kargo .. tetiba lynn rasa seram sejuk je, dok fikir kenapa tetiba ramai sangat orang kat airport ntah, tension plak tengok .. time tuh lynn cari tiang ja nak sandar, tapi tak sempat sampai dah rebah jatuh .. lynn tersedar pun sebab bahu belakang terlanggar tiang ! bapak sakit wei, aqu buka2 mata dah ada kat lantai dah .. Thanks god, ada polis yang jaga situ, then dia panggil pegawai polis yang perempuan supaya boleh tolong angkat saya :) ! rasanya time dok kecoh dah kot, tapi saya tak peduli sangat lah, yang saya risau flight saya ! waaa, takot terlepas ja flight macam mana nak balik kedah T___T ! nasib ketua polis tuh baik, dia yang uruskan penerbangan lynn :) ! saya ingat lagi dia cakap ' jangan risau bonda ada, everthing will be just fine okey :) ' .. saya time tuh senyum jer, tak dapat nak cakap apa2 tak larat wei, dah lah kena hurung dengan kerusi roda .. macam orang sakit lah plak kan , sumpah malu gila :D ! padahal, ada jer orang tua yang pakai tongkat jalan lagi, tapi saya *cover muka bai* ..  tidak, dia nak lynn naik flight kecik jer, tapi lynn tanak >_< ! sebab lewat sikit, saya dah lah tak sabaq nak balik kedah nie .. neway yang paling best dapat layanan istimewa dari kapten *pilot* tuh wei ! gila segak dia :D ! lynn orang pertama night flight, and disambut oleh kapten tuh .. siap tanya, dah okey ? dah breakfast ? waaaa tersenyum malu saya :P !



Wednesday, October 12, 2011

0
Day 428 : melakar belog =)

Mood of the day :


Dah genap seminggu, saya stay dalam rumah nie tanpa teman setidur saya Nur Izzaty Syazwani


Rindu sangat kat awak !  



Saturday, October 01, 2011

2
Day 417 : melakar belog =)


mood of the day :

 
My heart turn to PINK :)

Today i want to share some tips for smile with a healty lips ! I'm sure that all women want a healty, beautiful lips. The moist and smooth lips not only look healthy but also contribute to enhancing your looks. To get the beautiful smile with lips smooth and healthy, i have some tips for all of you

  • Moisturize your lips at all times. There is no such thing as your lips being overly moisturized, the more moisture the better. Always carry a moisturizing lip balm with you.
  • Every morning, use a soft brush to brush those rough skin off your lips. Then apply some lip balm to protect and condition your smooth lips.
  • Before going to bed, apply a layer of lip balm on your lips. This will help to keep the natural moisture in and prevent any further water loss. You will wake up every morning with softer lips.
  • Protect your lips from the harmful UV rays from the sun. Use lip balm that has an adequate SPF to protect the delicate skin on your lips.
  • Glide on a layer of lip balm before applying lipstick. It will form a layer of protecting layer to protect lips from the artificial coloring.
  • Stop licking your lips. Every time you lick, the saliva that you put on them will evaporate together with the natural moisture. The constant wetting and drying causes chapped lips, and fast.
  • Don’t bite your lips. Biting your lips is making your dead skin come off, making your lips more dry, chapped, bleed and harder to heal.
  • Hydrate your lips from inside by drinking plenty of waters. If you are dehydrated, your lips will be the first thing to show you by drying out.
  • Eat lots of food and vegetables. The vitamins content is good for your skin including your lips.




Hopefully these tips are useful for all of you :)




Saturday, September 24, 2011

2
Day 411 : melakar belog =)


Mood of the day :



Salam and selamat petang korang :) ! Hari nie, lynn nak share something dengan korang, hik3 .. Actually, ada ramai yang dok tanya 'ehh you pakai lotion apa yer ?' 'lipbalm apa yer yang bagus ?' 'ko pakai apa kat rambut lepas mandi ?' ..

Korang percaya tak if lynn cakap, lynn langsung tak pernah pergi buat treatment untuk rambut lynn ?? sekadar teman kengkawan lynn jer buat treatment untuk rambut ? kalau tak pernah g buat rambut ( potong rambut ) bohong sangat lah kan .. rasanya dalam 4kali jer kot lynn g buat rambut seumur hidup lynn .. yer lah lagipun lynn kan bertudung, plus my mom tak suka lynn buang duit kearah tuh .. beside lynn suka rambut yang panjang :) ! *g potong rambut dulu menyesal gila T__T ! okey, berbalik kepada soalan diatas, selalu selepas mandi, lynn akan apply Johnson's Baby Oil kat rambut lynn .. haa korang mesti terkejut kan ! yang tuh bukan untuk skin ka ?? hik3, actually lynn dah setahun apply tau kat rambut .. malah rambut lynn makin lembut and tak mengerbang ..
 


Next, lynn suka pakai lotion dari dulu lagi .. badan lynn kekurangan air, so kulit jadi cepat kering .. mamy lynn selalu pesan banyakkan minum air, tapi lynn endahkan hik3 .. then mamy selalu bandingkan kulit lynn dengan adik perempuan lynn >_< ! adik perempuan lynn dia suka minum air mineral, memang kulit dia lembut pun *ikhlas okey .. then paksu lynn belikan lotion untuk lynn, so now lynn pakai  Mark&Spencer Body Lotion .. lynn suka bau wangian Camellia dan Rose, lembut jer .. 



Sebelum tido, lynn pakai Johnson's Bedtime Lotion



Then untuk sesiapa yang ada masalah bibir yang kering, lynn cadangkan lipbalm form Lip Ice Mentholatum .. ramai orang berpendapat masalah bibir kering terjadi apabila terdedah kepada sinaran UV and kekurangan mineral dalam badan kita .. yes that's true, tetapi bibir yang kering juga berpunca daripada habit kita yang selalu mengetip bibir ( gigit bibir ) dan menjilat bibir kita sendiri ! Setiap kali kita menjilat bibir, asid daripada saliva akan mengeringkan kelembapan kat bibir kita .. dan kulit2 mati atau yang kering yang muncul di bibir adalah habit kita sendiri yang selalu menggigit bibir .. so from now, stop licking and biting your lips ! Take Note