Sunday, May 27, 2012

2
Day 678 : Melakar Blog

Girl’s Day Out

Disebabkan kebosanan kat rumah, saya decide untuk buat entry hari Jumaat lepas. Jumaat lepas, saya dan classmate saya Youhazreenda plan nak pergi One Utama. Actually, Rabu and Khamis kitaorang exam, so nak lepaskan tensionnya menjawab exam, so nak keluar hangout sesama. Actually ada sebab lain juga kami keluar nak lepaskan geram, haha. Malam Jumaat memasing excited survey movie apa yang baru. Then kawan saya ni, seksaited gila ajak tengok Men In Black III, tapi saya dok terfikir Snow White and The Houstman. Tapi sayang, tak keluar lagi movie, haishh bila lah tatau. Thriller dia macam gempak je, anyway takpa saya tunggu, hehe. Semalam dok fikir baju apa lah pakai, haha. Biasalah perempuan kan, ada masalah dengan pemilihan baju, padahal belambak je baju kat almari tuh. Cuma tatau nak pakai yang mana. Berbalik dengan cerita Men In Black III, pehhh seriously memang best lah cerita tuh. Kesian kawan saya, tengok wayang dengan saya. Bila ada scene mengejut agak kuat lah saya belasah dia, haha. Maafkan saya yer Youhazreenda, cekk tak sengaja lah sayang. Sorry tau dear ♥. Sian dia kena belasah, itu belum cerita hantu, atau cerita aksi ngeri. Rasanya dah lama dia kena lenyek dengan saya. Dah lah dia pemandu, saya ni co-pilot ja, haha. Anyway korang patut pergi tengok cerita tuh, best sangat. Lepas dari wayang, kami pergi old wings, nak pergi popular yang hujung dunia tuh, pfttt semput juga lah saya dengan kawan saya ni. Semata-mata nak cari benda kecik kat smartphone ni. Sebab benda comel dia patah, so dia buat muka nak nak benda kecik tuh. Tapi hampeh sebab popular kat situ tak ada benda kecik tuh, geram kan? Eeee penat je kami berjalan. Lepas berpenat lelah, Youhazreenda introduced kan satu kedai ni, World Waffle! Ya Allah sedap sedap belaka tengok waffle dia, eee macam nak rasa semua sekali. Punya lama fikir dengan kawan saya, last saya pesan Blueberry Waffle. Ermmm dapnyaaa. Besar besar waffles dia, and sangat sayang sebab saya tak habiskan. Hurmm still tadak selera makan, boleh habiskan 3/4 daripada waffle tuh je. Kenyang sampai ke malam tak sentuh apa apa. Korang patut try waffles dia, hehe ...

Men In Black III

Besarkan? Dah macam sebiji kek dah tau

Blueberry Waffle, urmm dapnyaaaa