Sunday, October 28, 2012

3
Day 799 : Melakar Blog


Ragam Hari Raya Qurban..


Alhamdullilah, dapat menyambut raya qurban tahun ni dengan meriah bersama keluarga. Malam sebelum raya, kami berkumpul kat dapur dok dengar ibu bercerita tentang kawan dia, pergi beraya Qurban kat Mekkah tahun lepas tak silap. Orang-orang disana sambut raya Qurban dengan meriah sangat, tetapi menyambut raya Aidilfitri sehari ja, lepas tuh semuanya senyap. Berbeza di Malaysia, raya Aidilfitri sangat disambut meriah berbanding raya Qurban. Ibu cakap, sebabnya diaorang kat sana sedih menyambut raya Aidilfitri sebab bulan Ramadhan yang mulia pergi meninggalkan kita. Kalau difikirkan di Malaysia, even Ramadhan pergi meninggalkan kita, raya tetap raya kan kan kan? Haha, kebanyakkan macam tuh right? Sebenarnya cara diaorang sambut tuh ada betul juga, sebabnya takbir raya Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah dan takbir hari raya Aidiladha adalah pada 10, 11, 12 dan 13Zulhijjah. Lynn pun tak terfikir, sebelum ibu cerita pasal ni. By the way, raya tahun ni lain sikit, sebab kitaorang kena balik rumah tok petang tuh selepas sembahyang Jumaat. Selalunya, kitaorang sekeluarga akan stay rumah wan sampai malam. Bila dah balik kampung, dah semestinya pergi melepak kat titi favourite kitaorang time kecik dedulu, hehe. Tapi sayang tak sempat nak amik gambar raya kat rumah wan sebab, lepas sembahyang raya semua pakat dok lapaq. Ohh ya, raya Qurban kali ni, kitaorang amik gambar 277keping! Haha, gila lah lagi banyak berbanding raya Aidilfitri, hehe..


Kali ni amik gambar depan Masjid Muzaffar Shah plak, selalu amik gambar masjid je kan, hehe. Saya dengan ibu lebih kurang sama tinggi je kan, hehe..

View, dari belakang rumah tok. 

Biasalah, adik Zhafir dia suka mengusik..


Tengah pujuk adik Zhafir, nak amik gambar sekali. Haha, kesian depan kena melayan kakak depa yang manja sorang ni, hik3..

Yeahh dapat juga, tidak susah nak amik gambar dia. Dia cakap ni sebab raya ja dia kasi permission, haha bengong gila kekonon macam VVIP..

 Berjalan hingga hujung kampung

Gambar ni lawa, tapi blur plak. Hurmm, tetap nak letak sebab suka :(

Dok nak perbetulkan gelang, hehe

Time ni kami dok melawan mulut last last jadi lawak, dah tak ingat pasai apa ;)

Ni pun blur, sayangnya..

Niat sebenarnya nak amik gambar adik Mubin. Tapi kemain susah gila nak amik gambar dia, mesti dia tunduk tamau mau nuh, hehh. 

Haa tengok lah budak belakang tuh, tunduk bagai nak qak ja.

Hak ni terpaksa crop, sebab orang sebelah tuh satg bising masuk gambar dia..

Pipi nampak tembam sikit, haha lantak pi lah. Hanya untuk sesuka kan ;)

Hak ni speechless tatau nak cakap apa, adik dok mengusik, hehe..



Terjumpa seekor ayam ni, dia tersangkut kat jaring, kesian dia..

Usaha menyelamatkan ayam yang tersangkut tuh.

Dekat 10minit dah tunggu tapi tak terlepas juga. Ayam tuh asyik bising ja, kitaorang pun sereyau kot kot tuan dia mai satg, tunduh kita nak cedera ayam dia plak.

Puteri lilin dah tak tahan, cau dulu lah. Gila, petang tuh panas so tinggal depa belakang tuh, haha.






Sekali puteri lilin ni berletiaq dengan cekak pinggang, adik Zhafir pun lari, kuang hasam betoi, haha..

Buat muka simpati dekat Zhafir sebab nak dia belanja ais krim, panas..

Semua pakat takot nak dekat dengan lembu tuh. Kitaorang buli Amir suruh dia pi dekat dengan lembu tuh, haha. 

Dalam dok ketaq tuh, berani juga dia pegang kepala lembu tuh, haha. Good Amir ;)

On the way, balik rumah wan. Ayah naik kereta lagi satu, sebab tak celuih nak naik satu kereta hehe. Ibu dok cerita lawak apatah, hehe.

Nak masukkan semua dalam gambar memang tak celuih lah kan, haha. Yang tengah tuh paling sengal sekali, hehe.


Dengan kesempatan ni, lynn nak ucapkan Selamat Hari Raya Qurban buat semua orang, semoga raya Qurban ni kita dapat menghayati keikhlasan dan pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu daripada Allah s.w.t. Tak lupa juga kepada Mohd Faiz Bin Omar dan sekeluarga.