Wednesday, April 11, 2012

2
Day 631 : Melakar Blog =)


Jengjalan di Putrajaya!


Hai semuorang! Dah lama kan kita tak update blog. Dah bersawang dah blog kita, kesian blog kita haknie, kan kan. Hehe by the way, lynn update pasal lynn pergi Putrajaya hari tuh, 8April. Lynn suka sangat pergi Putrajaya! Sebab suasana dia tak macam kat bandar, penuh bangunan, traffic light, kereta, jalan tar yang tak berapa nak bersih sangat, tak macam kat Putrajaya. Keadaan dia lagi bersih lah, plus tenang ka keadaan dia. Sebelum ni, lynn pernah update pasal lynn pergi Taman Botani kat Putrajaya. Tapi kali ni bersiar siar kat tepi tasik plak, hehe. Walaupun panas terik, agak lah rasa panasnya tapi lynn suka tenang ja, tak sesak dengan orang. Senang cerita lynn suka tempat yang tenang, penuh dengan kehijauan lah, hik3. Owhh ye, sebelum bertolak pergi Putrajaya tuh, kereta myvi W**770 terpancit lah pulak, pfttt! Dah lah tepat-tepat pukul 12.00 tengahari beb! Pfttt, saya paling tak suka, kalau keluar time tengahari, sebab apa? Sebab panas terik faham! Habis berpeluh okey, tapi nasib lah duduk dalam kereta kan. Time tuh kat ESSO belakang Persanda ni, ada bangla ni tolong tukar tayar kejap, tidak tatau lah kan. Dah lah hari ahad, takot workshop tak buka je. And nasib ada workshop yang buka. Selesai ja tukar tayar terus pecut naik KESAS pergi Putrajaya sebab perut cik Lynn dah berbunyi tanda lapar! Hehe, biasalah orang utara ni, lunch time dia pukul 11-2pm kan. So Encik Faiz bawa ke restoran yang dia selalu pergi waktu lunch time dia, Restoran Umai. Overall, not bad lah masakan dia. Tapi, phewww tomyam dia sangat membakar lidah saya. After that, lepas makan mesti lah kita nak jejalan kan, biarkan nasi ni turun kat perut *tip perut kempis* ! Time ni, adalah seorang ni capture gambar belakang kita lah pulak. Haihh, dia memang sahaja kan. Memang minta debik jawabnya, haha. Lepas tuh, bermula lah aktiviti berjalan, first pergi The Mines, sebab kita nak tukar screen protector, sebelum ni lynn pakai screen protector untuk BlackBerry 2G nya, padahal phone kita 3G nya. Amoi Giant tuh lah punya pasal! Siot ja letak screen protector 2G, tak reti beza kot, pftttt sabar jelah! Dah tukar, jejalan sat then gerak pergi Alamanda! Nak nak nak tengok Street Dance 2 Ohh lala! Kita suka Street Dance (UK) sebab jalan cerita dia lebih smooth dan lebih menjiwai lah berbanding StepUp. StepUp more to dance, tak ada jalan cerita sangat, gerak tari pun lebih keras (US).


Restoran Umai, Putrajaya

Ada orang ce-curi amik picture ni! Pftttt