Wednesday, November 30, 2011

0
Day 496 : Melakar Blog =)


5 Deadly Terms By A Woman

Fine!
This is the word used to end an argument when, she know she is right and you need to shut up.

Nothing
Means something and you need to be worried.

Go Ahead
This is a dare, not permission, do not do it!

Whatever
Is a woman's way of saying screw you!

That's Ok
She is thinking long and hard on how and when you will pay for your mistakes.





Monday, November 21, 2011

4
Day 487 : melakar blog =)

Stress!

Urghh sangat stress! Sampai je rumah sewa terus tengok eklas, sebab nak tengok timetable for this sem. Tapi bila tengok je timetable, rasa tanak belajar pun ada. Rasanya korang jangan terkejut kalau tengok saya kerja, sebab tanak masuk kelas! This sem lynn ambil 6subject, bagi korang mungkin macam biasa je. Tapi bagi lynn yang otak tak berapa pandai ni, alahai beratnya. Yelah, lynn bukan boleh kalau tertekan sangat. Ini sangat tak baik untuk kesihatan tau you all. Tetiba ja topik kesihatan, hik3. Sambung topik utama kita, lynn rasa nak menangis pun ada bila tengok timetable. Mana tak nya, kelas sampai pukul 8pm! Mana pernah sebelum ni kelas sampai pukul 8pm. Bagi lynn biar lah kelas siang pack, tapi jangan ganggu malam lynn! Masa malam untuk diri lynn, tak kira lah belajar ke, kerja ka. Saya amat titik berat masa rehat saya!

1. INTERNATIONAL BUSINESS
2. COST ACCOUNTING
3. INFORMATION TECHNOLOGY FOR BUSINESS
4. FINANCIAL MANAGEMENT
5. INTERNATIONAL MARKETING
6. PROFESSIONAL ENGLISH

Pehhh berdarah gua!




Sunday, November 20, 2011

8
Day 486 : melakar blog =)

Go Back Home .....


Sumpah sedih gila wei, nak balik Shah Alam ni. Nanti homesick lagi lah lynn. Rindu juga nak jumpa kengkawan semua kat sana. Actually diri ni, langsung tak bersedia nak balik Shah Alam. Rasa nak nak duduk rumah lagi. Seksanya duduk jauh dengan family. Dulu time STPM, kemain nak belajar jauh2, nak rasa hidup berdikari, but now bila dah jauh sedih pula. Pagi kejap lagi, rasanya lepas subuh dalam pukul 6.30 a.m lynn akan bertolak ke Shah Alam. Rasanya dalam 4jam sampai lah. So i need go to sleep now!


 Barang-barang nak bawa balik Shah Alam

Hik3 nanti rindu Pooh and Tiger saya.




Friday, November 18, 2011

2
Day 484 : melakar blog =)

Happy Birthday!




Genap pukul 12.00 a.m masuk lah umur saya 21tahun! Ohh tidak! Hehe, anyway hari jadi kali ni paling best! Gua dapat lappy baru! Haha, actually lappy Acer yang lama tuh ada macam rosak sikit. Nak guna boleh jer, tapi rasa sedih gila lah kan. So ibu belikan lappy baru. Hari ni, saya sambung birthday sekali dengan makngah saya. Harijadi makngah 09/11/2011. Tapi haritu, dia cakap nak sambung sekali, i mean buat makan sekali. Tiada apa yang special pun, yang penting saya dapat bersama family saya! itu dah cukup rahmat bagi saya, bersyukur sangat, walaupun tak dapat raikan bersama MyComel.



Thank ibu belikan kak long lappy :) 

Haha, dalam diam-diam adik ambil gambar! gedik lah kan.





Tuesday, November 15, 2011

0
Day 481 : melakar belog =)

Three Simple Rules In Life


1. If you do not GO after what you want, you'll never have it.

2. If you do not ASK, the answer will always be NO.

3. If you do not step FORWARD you'll always be in the same place.






Sunday, November 13, 2011

2
Day 479 : melakar belog =)

Lips ??


Hari ni, lynn tetiba rasa nak share kat korang jenama lipstick and lip gloss yang lynn guna untuk bibir lynn. Pernah dengar tak pepatah yang menyatakan ' bibir dan perempuan tak dapat dipisahkan '? Hik3, actually bahagian muka yang paling menarik pada perempuan ialah bibirnya. Korang setuju tak? Bila korang tengok perempuan bercakap mesti, korang tengok bibir dia kan kan? Terutamanya lelaki! Owhhh gatal ye, hik3.


Lipstick from, Maybelline


First lipstick yang lynn pakai. Yes it's from Maybelline, and for your information, this colour dah tak keluar di pasaran. Agak sedih, sebab lynn suka warna ni.

Lipstick from, Silkygirl


Lipstick kedua yang lynn beli. Colour dia not bad lah, walaupun tak sama seperti Maybelline tapi okey lah, sesuai dengan kulit lynn.

Lipstick from, Miss Rose


Lynn beli lipstick ni, sebab nak bantu kawan lynn. Dia ada jual barang kosmetik from Arab. So, lynn terjumpa lipstick ni, tambah2 nama dia Miss Rose kan, haha. Apa salahnya kan?

Lipstick from, MAC


Actually, lipstick ni lynn jarang pakai. So dah terkeluar dah kulit dia, hampeh. Kawan lynn kak as yang bagi lipstick ni, warna lipstick ni agak pucat warna nude. Lynn suka warna2 nude ni.

Lipstick from, Mentholatum


Lipstick kegemaran lynn! Nak tahu kenapa? sebab warna dia Vintage Pink. Kemana saja lynn akan bawa, lynn mesti akan letak handbag lynn.

Lipstick from, L'Oreal


Lynn beli lipstick untuk raya Aidilfitri hari tu. Hik3, tetiba rasa nak pakai new lipstick.

Lipgloss from, AVON

First lipgloss lynn beli, and until now masih boleh guna lagi. Lipgloss paling terbaik lah. Warna dia pun lawa.


My Precious Things!






Saturday, November 12, 2011

2
Day 478 : melakar belog =)


Knew there's something special
about the joy of this new day
Then I paused to think
why, it's your birthday

The sun is shining bright
the day is calm and clear
That must be the reason
this day is full of cheer

So just want to send you
warm wishes for this day
Hope it's filled with joy
as you celebrate another birthday

Happy Birthday to You, Happy Birthday to You, Happy Birthday to MyComel , Happy Birthday to You. Wishing you having a great and wonderful day! Saya sayang awak, Ummuahxx xoxo







Thursday, November 10, 2011

3
Day 477 : melakar belog =)

Can't wait 12.11.2011 & 18.11.2011 !

Hik3, dah setahun lynn tunggu tarikh ni datang lagi. Hope everything will be okey. Gua sayang comel gua :)








Tuesday, November 08, 2011

0
Day 475 : melakar belog =)

Merajuk ??


Alololo comelnya dia merajuk dengan saya. Siapakah? Hehe, orang yang lynn maksudkan ialah kawan rapat lynn, my girlfriend forever : NurSyafikahAzizan ! Disebabkan lynn tersangat-sangat lah lama tak buka account facebook lynn yang first tuh, lynn langsung tak sedar message tuh. Last message :
' Hope happy selalu '

Beside, lynn ada buat facebook baru semata-mata untuk main game BabyMaker tuh, lynn langsung tak add member, lynn yang lain. Hanya orang terdekat lynn jer, lynn add. Lagipun, lynn buka facebook just untuk main game tuh je. Mostly lynn spend time lynn kat twitter. Bukan sebab i lupa you sayang. Saya, tak mungkin lupa kawan saya ni, yang selalu ada untuk saya. I'am so sorry okey, dear :)








Monday, November 07, 2011

0
Day 474 : melakar belog =)


Ciri2 Lelaki Idaman Lynn ??

Mesti pelik kan, kenapa tetiba lynn post tentang tajuk ni? Tak semena-mena lynn bercakap tentang tajuk ni tanpa sebabkan? Actually, ada yang bertanya macam tajuk utama kita tuh, ‘ Ciri2 Lelaki Idaman Lynn? ’ errr, apa bendalah lynn nak merepekkan. Selama ni tak pernah terfikir pun or letak satu garis panduan untuk jadi ciri2 idaman ni. Tapi dah dorang tanya, so ini semua yang terlintas di fikiran lynn. Kalau bagi tempoh seminggu memang panjanglah senarainya... Ciri2 :

Mampu melakukan kerja lelaki
Kerja lelaki ini, ialah seperti membaiki paip, bertukang, membaiki kenderaan dan sebagainya. Bagi saya kerja2 ini, membuatkan dorang nampak cool, hebatkan? Contohnya, bila kereta rosak tengah jalan, telefon jer si suami atau si boyfriend mesti dorang datang settle kan masalah ! sweet kan kan kan ?  Ada research menyatakan wanita amat mudah terpikat terhadap lelaki yang mampu melakukan kerja2 lelaki. Mungkin ini merupakan rahsia yang kebanyakan lelaki tidak sedar.

Sopan
Mungkin ciri2 ini agak kuno tetapi mostly wanita bersetuju bahawa mereka lebih sukakan jenis lelaki yang sopan. Apa yang saya maksudkan, bukanlah perwatakan yang lembut, terlalu menjaga tingkah laku dan sebagainya.  Tetapi, kepada pertuturan mereka apabila bercakap dengan wanita. Sekeras2 hati wanita, tapi apabila ditegur oleh si Dia, boleh berendamkan air mata 3hari 2malam tau !  Hati perempuan ni, sangat sensitif, tak terkecuali juga saya. Lynn tak suka lelaki yang cakap lepas. Sekali dua, lynn boleh terima, tapi kalau dah banyak kali, rasanya tiada sebab lynn nak bertahan untuk hubungan macam tuh. Terutamanya apabila dikritikan tentang masakan. Ketahuilah, perempuan masak bukan untuk dikritik atau dikomen. At least, masakan mereka ada rasa, walaupun tak sehebat masakan di hotel 5stars ! Dan apa yang paling lynn pantang, kalau nak bandingkan masakan lynn dengan orang lain. Air tangan setiap orang berbeza. #TakeNote

Cara berpakaian 
Berpakaian dengan kemas dan smart. Lynn suka tengok lelaki yang pandai menjaga penampilannya, bukan untuk memilih tapi sekurang2 sedap mata ni memandang, selesa untuk didampingi. Tak perlu melebih2 dalam berpakaian, cukup lah simple dan nampak bersih.

Berjaya memikat hati ibubapa 
Dari kecil hingga besar, lynn memang rapat dengan family. Tak pernah sekali renggang dengan family, sehinggalah lynn sambung belajar di Shah Alam. Bukan senang nak cari someone yang dapat terima family kita sepenuhnya. Bagi lynn, sebelum dia nak masuk dalam hidup lynn, dia kena masuk dalam family lynn dulu. 

Mampu berdikari 
Bagaimana seorang lelaki mampu untuk melindungi seorang wanita sedangkan diri mereka sendiri masih tidak mampu untuk dilindungi? Persoalan ni, selalu bermain di fikiran wanita. Kalau si Dia tak mampu nak berdikari, macam mana si Dia nak pimpin saya? ......

Membuatkan saya berasa selamat 
Tiada apa yang dapat menyelesakan perempuan apabila berada disisi si Dia, daripada perasaan yang selamat. Sekiranya anda sudah berjaya membuatkan seorang wanita berasa selamat apabila bersama, anda sebenarnya telah berjaya memikat mereka. #TakeNote

Yang mampu buat saya ketawa sehingga lebam pipi (Kelakar)
Tanggungjawab seorang lelaki adalah untuk membuatkan perempuan ketawa. Hahaha, saya pula jenis yang mental sikit, so tak suka keadaan yang suram ! Tapi, tak perlu lah sampai nak melawak lampau kan? Sometime annoying juga kalau buat2 tuh.

Mengambil berat 
Perempuan suka, apabila diberi perhatian terhadap mereka. Tak kisahlah sama ada dikalangan perempuan sendiri atau dikalangan lelaki. Bagi lynn, cukuplah si Dia ambil berat tentang kehidupan lynn, walaupun skadar bertanya. Sekurangnya, ambil peduli tentang kehidupan lynn. Lynn sangat hargainya. Tapi, kalau beri lebih perhatian, lagi bagus.

Ada sifat kepimpinan 
Tugas besar seorang lelaki adalah untuk memimpin. Lynn suka tengok lelaki yang ada sifat kepimpinan ni. Bukan dari segi, memimpin perempuan dan keluarga, tetapi bagaimana mereka memimpin tingkah laku mereka sendiri untuk dijadikan contoh. Almaklum lah, sekarang susah sangat nak cari lelaki yang ada ciri2 macam ni. Bila kita, pertikaikan ada pula kaum adam yang bising. Tapi, ada tak mereka mendalami ke ertinya?

Lelaki yang penyabar
Yelah, perempuankan banyak karenahnya. Tak terlari juga dengan lynn. Family,  si Dia dan kengkawan lynn tahu lah sebanyak mana karenah lynn yang baru berumur '2tahun' ni. Sekejap2 nak gedik, sekejap2 nak marah sana sini, sekejap2 nak merajuk, sekejap2 nak itu lah, nak ini lah. Haihh, sapa tahan kan macam tuh? Tapi nak buat macam mana kan? So si Dia tak perlu nak marah2, cool sudah. #TakeNote


Anyway, semua ciri2 di atas tuh tak semuanya kita dapat kan ? Kita boleh senaraikan beratus2 ciri2 lelaki idaman kita, tapi tak semua lelaki ada ciri2 yang kita list kan tuh.  Lynn tak minta supaya lynn dapat lelaki yang mempunyai semua ciri2 di atas, cukup lah si Dia jadi dirinya sendiri. Tapi kalau si Dia ada ciri2 seperti di atas, itu adalah bonus :)