Wednesday, March 13, 2013

0
Day 936 : Melakar Blog


Tinggal Kenangan..


17February2013 : Tepat pukul12 tengahari, allahyarham wan lynn selamat dikebumikan, 5hari selepas birthday ibu. Pagi ahad, lynn dapat call daripada ibu dalam pukul7 lebih tak silap. Time tuh, baru terjaga, biasalah kalau duduk rumah bujang kan. Masa dapat berita daripada ibu, lynn memang macam terkaku, macam tak percaya apa ibu sampaikan, nak bertanya banyak ibu plak terus letak phone, tau mesti ibu sebak sangat. Lepas 10minit, lynn terfikir kenangan balik raya Chinese new year hari tuh, terus mengalir air mata. Seminggu selepas lynn jumpa arwah wan, sekarang dah kembali ke rahmatullah. Dalam fikiran lynn masa tuh, teringat balik masa lynn amik gambar arwah, masa arwah dok berehat bawah pokok, time tuh kucing kesayangan arwah wan dok main main kaki arwah, hehe. Masa tuh, tak terlintas nak amik gambar, tapi ibu sesaja cakap amik lah gambar wan dengan kucing, pastu nanti simpan dalam album, hehe. Memang sedih, bila fikir masa tuh, lynn menangis seharian. Masa tuh, dalam fikiran memang nak terus balik Kedah, tapi ibu tak bagi, sebab ikut jadual lagi seminggu nak final exam untuk sem5. Rasa sedih sangat, tak dapat jumpa arwah or tengok muka arwah sebelum dia selamat dikebumikan. Bila call adik, memasing menangis tak boleh nak cakap apa. Kita yang berada jauh, lagi lah terasa kan.

Lepas habis exam, terus balik Kedah malam tuh juga, hati nih rasa tenang lah sikit, tak sabar nak jumpa family. Dua hari lepas, sesembang dengan ibu. Ibu cerita balik, masa lynn tadak kat sini. Masa tuh, memasing mengalir air mata, teringat balik hari tuh, cerita balik masa cuti Chinese new year haritu, time arwah masih ada. Banyak kenangan dengan arwah. Teringat arwah memang jenis kalut orangnya, jenis darah gemuruh. Kalau nak buat sesuatu benda mesti nak cepat, satu family jadi kalut sebabnya. And darah gemuruh and jenis kalut tuh memang turun kat kat kami semua, sampaikan ayah pun kekadang ikut kalut, hehe lawak. Dalam family, adik yang ketiga memang ikut sebiji perangai arwah, tapi dia tanak mengaku, hehe suka usik dia.

Hampir sebulan pemergian arwah..


Kucing kesayangan arwah, now makngah yang jaga.. Hehe, kucing ni pandai posing bila orang nak amik gambar dia.


Dia suka main nyorok nyorok bila kami balik sana. Dia mesti akan lari nyorok pastu nak kami cari dia, mengada kan, hehe.. Lagi satu, dia suka belai belai kat buntut arwah. Bila arwah duduk, mesti dia p belai belai, hehe.





0 balas surat cinta: