Tuesday, March 12, 2013

0
Day 935 : Melakar Blog


Baucer Buku 1Malaysia


Assalamualaikum, semua.. Rasanya hampir 4bulan lynn dah tak update apa apa kat blog nih. Tapi tak hairan pun, sebab lynn memang jarang update blog dah sekarang. Alasan utamanya ‘kemalasan melanda diri ini’, hehe.. Sebelum ni, rajin sangat bertwitter, sampai kekawan pun kalau nak cari lynn mesti kat twitter punya lah, haha..  Nampak sangat lah, rajin scroll timeline tuh. Sepertinya, twitter sekarang nih bagaikan medium utama dalam perhubungan semasa, kan? But now, tak lagi dah, twitter dah deactivate, facebook plak diguna untuk update apa apa ja dari group membe, blog pun sebelum nih, lynn private kan untuk diri lynn sahaja, tapi sekarang open balik. Saya agak lah, mesti ramai hairan pesaipa lynn deactivate twitter tetiba kan? Mesti pelik ‘ehh lynn mana?’ hehe.. Semua Tanya, hehe.. Alaa biasa lah, macam macam hal, hehe..

By the way, lynn bukan nak bercakap pasal laman social. Perkara utama lynn nak kongsi hari nih, pasal voucher buku 1Malaysia tuh. Tadi pergi MPH dengan satu family, niat dalam hati ingat nak belanja dorang RM100 ja lah. Tapi sekali ayah amik dua buah buku RM120, tak sempat nak belanja adik adik punya buku. Last last, buat keputusan spend untuk dorang RM150 lah, itu pun kena tambah duit juga. Tapi takpalah, belanja untuk bahan bacaan dorang juga, stationary dorang, hehe. Tapi tahun ni punya belanja voucher buku strick sikit. Kalau nak belanja voucher buku, bahan bacaan kena melebihi stationary. Tadi beli note book pun, dorang cakap tak boleh pakai voucher buku?? Pelik tak? Magazine pun tak boleh guna voucher. Tahun lepas, heaven ja belanja voucher tuh, tapi tahun nih, strick sikit. So rasa heaven tuh kurang sikit lah, hehe. Tapi still rasa happy juga sebab dapat belanja untuk family, hehe.. Bukan selalu nak belanja untuk family, al maklumlah lynn masih berstatus student lah kan, esok kerja baru layak kalau nak belanja family, sebab duit atas usaha sendiri kan, hehe.. 




0 balas surat cinta: