Monday, May 21, 2012

8
Day 672 : Melakar Blog

Patah hati


Saya tak sangka hanya disebabkan perkara kecil saja ‘everything goes wrong’ .. Hanya satu perkara je, semuanya dah hilang. Our memories, our promises, our plan semuanya hancur sama sekali. Saya tatau apa silapnya, atau dimana silapnya. Saya dah berikan komitmen sepenuhnya, tapi tak sangka semuanya dah berakhir. Yes, saya mengaku ada silap saya. Tapi semua manusia melakukan kesilapan termasuk juga awak. But at least, I try to work in this relationship, but you? Nampaknya awak dah tak kisah dengan hubungan ni. Sesungguhnya hanya Allah swt saja yang tahu rasa dalam hati ni, sebak sangat. Mungkin bagi awak tak kisah, sebab pernah awak cakap awak dah lali dengan semua ni. Kekadang terlintas di fikir, saya ni hanya sekadar mengubati hati awak kah? Saya dah macam tak kenal awak, adakah awak serious dengan kata-kata awak sebelum ni? Kekadang saya percaya awak, kekadang dari apa saya tengok macam sekarang, buatkan saya ragu-ragu. Tapi jauh disudut hati saya, saya percayakan kejujuran awak. Saya jealous dengan awak sesangat! Seriously saya kagum dengan awak, awak mempunyai hati yang sangat kuat untuk melupakan saya. Sedangkan saya, terkapai-kapai keseorangan mencari jalan untuk keluar daripada masalah ini. Saya tak kuat seperti awak. Saya lemah, lemah sangat .......

Can’t wait this Sunday! Nak pulang jumpa family, really need them right now. Saya perlu tulang belakang saya untuk hadapi semua ni. Perlukan my mom untuk bagi kekuatan dah sokongan. Saya dah kehilangan superman saya :’(






8 balas surat cinta:

Fiza Diaries said...

sabar yee.. fiza pun penah rasa apa yang u tengah rasa sekarang ni.. baru sangat terjadi dekat fiza.. fiza amik masa dua bulan untuk buang semua kesedihan fiza ni.. tapi tak MUDAH untuk fiza lupakan si dia yang sudah sebati dalam diri fiza selama 7 tahun.. mood : sedih kembali.. :'(

Aalia Shahira said...

kak lynn,sabar ye.orang lelaki kata bunga bukan sekuntum.kita yang perempuan pulak kata,kumbang bukan seekor.so,marilah kita mencari peganti yang lain.HEHE :D

p/s : kalau sedih,muka xcomel xD

munga roses said...

7tahun fiza? Ya allah fiza sedihnya :'( ! Yelah kan, kita tak boleh nak lupakan seseorang yang kita anggap sangat selesa bila bersama dia. Apatah lagi kalau perhubungan tuh betul betul sebati dalam diri kita. Kenapa kita perlu rasa macam tuh? Lynn sedih sangat bila terjadi macam ni. Susah untuk lynn nak bangkit semula dalam waktu yang terdekat ni. Apatah lagi, sekarang time final. I really need my family :'(

munga roses said...

Aalia : Hahaha untuk bercakap memang senang sayang. Tapi nak buat tuh susah sangat. Perit rasanya. Sekarang kak lynn rasa give up tak give up je. Thanks sayang, kak lynn try untuk senyum hari hari :')

mr.blackcat said...

kadang2 kite menganggap sesuatu tu adelah yang terbaik tapi kite selalu lupe yang terbaik bukannya datang dari sesuatu tapi dari yang maha tahu

munga roses said...

Blackcat : Ermm sebak sangat :'(

Youhazreenda said...

sedihnya entri ang ni.. haishh... takpa, kalau betul2 hampa dua are meant for each other, satu hari nanti hampa berdua akan bersatu gak.. in the meantime, bersabaq banyak2 tau :')

i'm here for you!

munga roses said...

Haha you jangan lah buat aku sebak time time gini wei. Entah lah you, sedih juga bila fikir, dengan exam entah ke mana. Tapi aku kena kuat. Kena fikir family juga. Tanak dorang lagi sedih tengok aku nanti. Hurmm thanks youuuuu! Dah dah p study elok elok nah dear :')