Thursday, October 25, 2012

0
Day 796 : Melakar Blog

Lindungi Kulit 24Jam


Wajah yang cerah, ceria, kulit wajah yang lembab dan kemerahmerahan adalah kerana kulit itu bersih, bersih luaran dan dalaman. Bahan toksik banyak terdapat dalam badan kita yang datang dari ubatan, makanan, udara dan lain-lain. Toksik mesti dikeluarkan dan dibekalkan dengan bahan yang berkhasiat jika inginkan kulit yang cantik dan sihat. Bagaimanapun sekarang, pelbagai jenis pil-pil tambahan dan vitamin yang dikatakan baik untuk kulit di pasarkan bagi menarik pembeli. Sebenarnya, para pembeli harus berhati-hati dengan isi kandungan pil-pil yang kita ambil dan perlu tahu kandungan produk tersebut. Terbaca dalam satu artikel, minyak bersari mengandungi trans-fatty acids dan garam tanpa kandungan mineral membawa kepada kerosakan hati. Susu pasteur dan dihomogen, boleh menyebabkan ginjal tersumbat. Oleh itu, seeloknya kita elakkan mengambil pil-pil tambahan dan vitamin tanpa usul periksa kandungan produk tersebut. Sebaiknya, pengambilan sayuran hijau sangat baik untuk membersihkan dan membaiki kerosakan hati. Sayuran hijau berupaya menyahkan bahan toksik dalam badan seperti clorella, bayam, brokoli dan lain lain di masakan separuh mentah. Makanan hijau organik sesuai diambil waktu pagi bagi mengalkalikan darah dan memberi bekalan protein, mineral dan lemak kepada badan. Selain itu, penjagaan luran juga penting dalam memelihara kulit yang cantik dan terdapat banyak cara yang kita boleh cuba dan mudah.


 Banyakkan memakan kacang seperti badam, gajus dan walnut tanpa tambahan garam untuk membantu mengekalkan kulit sihat dan cantik.



 Hindari permukaan yang memantulkan sinar matahari, seperti air, pasir dan lantai. Radiasi ultraviolet atau UV dapat menyebabkan kerosakan kulit, bahkan kerosakan kulit dan kanser kulit. Radiasi ultraviolet (UV) dapat menyebabkan kulit kita terbakar, serta menyebabkan warna kulit kita bertukar  coklat dan kekeringan kepada kulit. Radiasi UV juga dapat merosak DNA, menekan kekebalan tubuh, dan mengaktifkan bahan kimia dalam tubuh yang menimbulkan kanser.



 Vitamin B baik untuk membantu pertumbuhan sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati dari permukaan kulit. Makanan daripada sumber gandum dan bijiran seperti cornflake kaya dengan sumber vitamin ini.



 Kurangkan pemgambilan makanan bergoreng dan pedas kerana tabiat pemakanan tersebut boleh mengalakkan pertumbuhan jerawat.



 Bagi mengatasi kulit tumit yang merekah, minyak kepala mampu menyelesaikan masalah tersebut. Minyak kelapa hanya dilumurkan di bahagian yang merekah tersebut.


 Sapukan losen pada siku,lutut dan tapak kaki kerana di situlah kawasan yang mudah kering. Losen yang mengandungi koko dapat membantu menghilangkan kesan regangan (stretch mark).



 Sabun mandian yang menghasilkan banyak buih hanya akan menghilangkan kandungan vitamin semula jadi kulit. Oleh itu, pemilihan sabun yang kaya dengan bahan pelembap dan kurang berbuih adalah sangat penting untuk pemiliharaan kulit. Selain itu, campuran setengah cawan madu dalam air mandian mampu menjadikan kulit gebu dan mulus. Mandian susu mampu membantu mengekalkan kadar kelembapan serta melembutkan kulit.



 Setiap kali mandi, lap badan perlahan-lahan dengan melakukan tekapan lembut. Elakkan menggosok tuala dengan kasar kerana tindakan itu hanya akan merosakkan kulit yang sihat.



 Kulit gelap pada bahagian tekuk dan bawah ketiak boleh mengundang perasaan malu. Bagi menghilangkan kulit gelap itu, campurkan pati lemon dan timun bersama secubit kunyit dan lumur pada bahagian tersebut. Kemudian, bilas dengan air suam.

 Seminggu sekali, skrub badan dengan menggunakan loofah pad bagi menghilangkan sel kulit mati dan juga mengembalikan ton asal kulit kita.



 Pengambilan herba seperti ginseng boleh membantu melambatkan proses penuaan pada kulit.

 Senaman dapat membantu memperbaiki sistem pernafasan dan melancarkan aliran darah ke kulit supaya kelihatan segar dan sihat. So girls, kalau rasa jogging memenatkan cuba alternatif lain seperti naik basikal ronda-ronda dalam taman. Sekurang-kurangnya kita dapat mengeluarkan peluh daripada biarkan liang roma kita tersumbat dan melancarkan perjalanan darah dalam tubuh kita.





Saturday, October 20, 2012

1
Day 791 : Melakar Blog

Bakat Terpendam..


Hari ni, bosan ibu pergi sekolah, adik zhafir plak tuisyen tinggal lynn dengan adik adik yang lain jer. So, kebetulan adik Mubin dok melukis dia minta bantuan lynn warna lukisan dia. Lynn dah lama tak mengasah bakat mewarna ni, teringat dedulu masa sekolah rendah, ibu selalu suruh lynn masuk pertandingan berwarna and lynn selalu dapat nombor satu, sampaikan ayah belikan colour crayon, colour pensil and colour Buncho yang set besar untuk lynn, huhu best kan? Masa sekolah menengah pun ada juga masuk pertandingan mewarna, time tuh tak ada niat pun nak masuk. Masa kelas Pendidikan Seni, time tuh cikgu tengah mengajar kitaorang buat corak kain batik, then ada cikgu seni dari kelas lain datang tengok kami mewarna, tetiba ja dia panggil suruh letak nama untuk pertandingan mewarna. Nak tak nak, kena juga tulis nama, hehe. Lepas tuh lynn dah tak mewarna, sebab dah masuk Form5 sibuk sikit dengan SPM and until pagi tadi lah baru lynn mewarna balik, hehe. Dalam family lynn, adik- adik lynn semua pandai melukis kecuali lynn. Lynn boleh melukis, tapi tak serapi lukisan adik lynn lah. Lynn boleh mewarna, and terbalik dengan adik-adik lynn diaorang kurang sikit bab-bab mewarna. Lynn sama dengan ibu lynn, kami lebih gemar mewarna daripada melukis. Ayah and adik adik semua lebih kepada melukis daripada mewarna, nampak perbezaan disitu, muahaha. Boleh dikatakan juga, darah family kitaorang ni darah seni, hehe...











Cantik kan adik Mubin saya lukis? Actually ada juga yang dia warna, tapi last last hancur ja hehe.




Wednesday, October 17, 2012

0
Day 788 : Melakar Blog


Menanti Hari...


Lagi 14hari nak masuk bulan November.. Banyak benda saya wish untuk November ni, biasalah dah seksaited sangat kan hehe.. Nasib lah masuk bulan November ni tengah tengah cuti semester, tidak hurmm sesorang lah saya kat Shah Alam, tak dapat nak imagine macam mana saya nak tempuh hari hari saya kat Shah Alam sesorang.. Anyway, lynn harap dapat habiskan masa dengan orang orang yang lynn sayang, sepanjang bulan November nanti, amin...

Happy girls are the prettiest ;)




Sunday, October 07, 2012

4
Day 777 : Melakar Blog

Rindu..


Assalamualaikum... Rasa lama tak update blog ni, hurmm.  Well, baru baru ni blog lynn tak boleh nak buka tatau kenapa, rasanya sebab SCM Player tuh maybe sebab blogspot block kot, hehe entah lah. Anyway banyak lagi media player yang boleh gunakan, hehe.  Actually, lynn pun tatau nak karang apa kat blog ni, dah tadak idea plus quite busy dengan final exam and still have 3 more paper,, ‘ouch’ cepat cepat lah habis final nih, dah tak sabaq nak balik Kedah, hehe.. Agak serabut sebenarnya bila duduk Shah Alam ni, tak macam kat Kedah. Kekadang tuh macam rasa tertekan pun ada, serabut dengan orang sekeliling kita, macam macam perangai, benda yang senang dirumitkan,, urghhh kekadang rasa juga kesian kat dorang, hurmm. Paling annoying bila kita rasa, semua orang dalam dunia ni mengejar kebendaan, status, harta and etc.. Sampai satu tahap timbul persoalan ‘kekadang kita perlu ke kita materialistic? ’  Tak salahkan kalau kita ada sikap materialistic tuh dalam diri kita, tapi kekadang rasa annoying juga dengan orang yang  materialistic ni, macam sedih pun ada juga kan? Sikap tuh membuatkan orang sekeliling rasa terluka kan, hehe.. 

Rindu suasana kat Kedah, rindu dengan suasana adik adik semua bersembang gurau senda dengan ibu kat dapur, rindu nak dengar tapak kasut adik Amir lari pergi padang, rindu nak tengok adik Zhafir and adik Mubin main kucing sambil layan budak kecik sebelah rumah, rindu nak tengok ayah siram pokok pokok dia, rindu nak tengok Amirah baring depan ruang tamu sambil tengok tv, rindu nak tengok bintang memalam, rindu nak bau pokok bila bangun pepagi, rindu suasana pagi hujung minggu, semua ada tugas masing masing untuk bersih rumah, rindu nak dengar adik Mubin and Amir bergaduh sebab ibu buatkan air yang special untuk Amir 'saja' okey! Rindu bila ayah sesaja tarik tocang lynn sebab lynn suka  makan dulu dari ayah, rindu bila ayah pegang kepala sambil cakap 'bertuah betul lah anak perempuan ayah ni', rindu suasana macam tuh. Rindu nak rasa orang sekeliling care pasal lynn, rindu nak dengar soalan ‘nak masak apa untuk esok?’, ‘malam nanti nak makan apa?’, ‘kak long nak ayah beli apa untuk esok?’, ‘hujung minggu ni nak pergi mana?’,  rindu nak dengar ayat ayat macam ni ‘morning princess’, ‘goodnight kak long or princess’.. Rindu kehidupan kat Kedah, rindu nak rasa orang care pasal lynn, rindu sangat ....

Mungkin kalau dari dulu lagi dengar cakap ibu ayah study dekat dekat, tiap tiap minggu balik rumah tadak lah duduk apartment ni sesorang bila tiap kali hujung minggu. Rindu nak rasa bila family sentiasa disisi. Agaknya lynn ni sesuai duduk kampung jer kot, kan? Hehe, suasana kampung yang dekat dengan adik beradik, saudara mara, dekat dengan alam semulajadi, tak payah terkejar-kejar status, harta and etc.. 





Saturday, August 25, 2012

1
Day 734 : Melakar Blog

Syawal Ke-7 ..


Selamat tengahari semua orang .. Dari 2 3 hari lepas lagi nak update blog tapi tak terbuka lappy nih, adehh kemalasan melanda diri ini. Banyak benda nak fikir, tau tak untuk fikir kita kena gunakan tenaga juga? itu yang jadi malas tuh, hik3 .. Harituh, raya ke-5 pepagi dah kena bangun awal sebab ibu ayah paksa pergi Klinik Dr.Parimala tuh adehh, nak tanak terpaksa p sebab jap lagi ibu bising itu ini .. Lagipun lepas tuh nak kena beli barang untuk adik kedua saya tuh, sebab hari nih dia balik kolej dia dah .. Adehh semakin sunyi lah bilik saya nih, tidak dia dok main game, pastu gelak sesorang layan cerita korea dia tuh, hurmm .. Saya plak insyallah minggu depan balik lepas merdeka. Ikut hati, malas nak balik Shah Alam tuh ...


Pepagi raya ke-5 dah spoil mood ayah dah. Masa ayah nak undur kereta, kereta belakang tuh nak masuk parking ayah tapi tatau lah lagu mana dia bawa sampai dok p geser kereta ayah .. Adehh, pastu buat muka slumber bukan nak minta maaf. Dan yang paling sakit hati, perempuan yang bawa, serious taik betul ... !

Cornflakes Madu! Ni semalam, lynn and adik adik semua pakat dok buat, sebab Amirah nak bawa balik p kolej dia .. Saya sambil dok buat sambil dok melantak sikit, kahkahkah ..

Nih malam semalam kami buat selepas buat cornflakes madu buat lasagna plak .. Urmm sedapnyaaa wei, haknih kami buh banyak cheese sikit, memang melting ler masa makan tuh .. Pastu pagi tadi breakfast lasagna, perghhh layan wei. Next week plak ahh nak buat lasagna ;D




Tuesday, August 21, 2012

0
Day 730 : Melakar Blog


Raya Ketiga Dirumah Tok ..

Salam lebaran kali ketiga semua .. Hari nih seksaited sikit, sebab first dapat beraya bersama tok selepas arwah tok wan baru meninggal dunia .. So, tok balik ke rumah lamanya. Kita orang seksaited sebab dah lama gila tak balik rumah tok yang lama, rindu tempat kitaorang selalu bermain dulu hehe .. Penat juga lah berjalan satu kampung, ziarah semua tempat tempat permainan dedulu even matahari terpacak, tapi nasiblah cuaca agak mendung hari nih dengan angin bukan sepoi sepoi dah. Kuat gila angin tengah bendang .. Tapi itu tak menjadi penghalang untuk lynn snap beberapa picture, hik3 ...


Nih lah adik adik sengal gua! Muahaha, sekor sekor kepala otak biul, memacam perangai, banyak songeh semua and semuanya tersangat mengada dengan ibu termasuklah saya, hik3 .. Lynn memang rapat dengan semua adik lynn .. Dedulu kami suka dok melepak kat jambatan nih, sebab angin kat sini syokkk, redup ja. Kalau sepupu mai pun, selalu lepak sini lah reramai sampai ada yang terjun sungai nih mandi, hik3 ..


Nih kami dok berjalan jalan tengok bendang .. Tinggikan adik keempat saya? Saya jer rendah, alahai faham faham .. 

Saya suka gambar nih! Sebab nak view bukit .. Bercakap pasal bukit, dari rumah tok saya sebenarnya boleh nampak puncak Gunung Jerai tau, cuma saya lupa belah mana, hahaha next time lah wei noh .. Yang belah kiri tuh adik keempat nama dia Mubin and belah kanan adik last nama dia Amir ..

Kita nak amik gambar, dia pungg sibuk nak masuk picture .. Tapi tamau tunjuk muka, haha apadahhh ...

Hahahaha, kepeng nak mampuih Amir nih! Hang nih buat malu kak long ja wei! Adehhh, dia nih makan bukan main payah, cerewet nak itu ini, pastu kerja dok main bola ja .. Sampai meluat nak melayan pe'el dia yang entah apa apa .. Gedik bagai, meluat ahh .. 


Time nih dok tengah bendang! Syok wei, angin kuat gila .. Tapi dengar adik aku dok sebut ada ulaq sawa, ulaq daun jadi seqeyau plak gua nak p jauh sepanjang batas bendang nih ..

Nih candid picture, adik kedua saya yang amik Amira .. Not bad, style dia amik gambar sebab saya nampak tinggi kan kan? Muahaha ;P

Bukit nih, adik gua cakap nama dia Bukit Simpang Tiga hahaha .. Sengal gila, sesuka hati bagi nama, hampa jangan dok p percaya plak .. Adik lynn nih kepala otak dia senget sikit hehe ;)

Masa nih, nak balik rumah tok dah sebab memasing dok kelapaq kan dok penat pusing satu kampung haa hehe .. 




Monday, August 20, 2012

0
Day 729 : Melakar Blog

Dipagi Raya Aidilfitri ...


Assalamualaikum warahmatu'llah hiwabarakuh .. Salam lebaran buat semua warga blogger dan anonymous. Kesempatan yang ada ni, lynn nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, minta ampun dan maaf atas kesilapan lynn, jika lynn ada tersilap kata kata yang mungkin buatkan korang terasa dengan lynn. Owhh ya, sepatutnya lynn nak update blog hari raya pertama, tapi banyak benda plak nak kena buat so terpaksa tangguh kan sampai hari nih, hehe. Al-maklum lah, balik beraya kan, so memacam ibu suruh buat itu ini. Tapi lynn tak lupa untuk amik gambar, hehe. Biasalah, kerja nak amik gambar ja, sampaikan ibu tegur, hehe. Sabar jelah ehh, dengan perangai anak perempuan ibu yang mengada bagai nak qak nih, hik3 ..


Seperti biasa, bila hari raya menjelma mesti akan datang sembahyang raya kat Masjid Sultan Muzaffar Shah. Family suka datang masjid nih, sebab nih masjid besaq Sungai Petani, lagipun kata adik, masjid nih macam nama dia Amir Muzaffar, gedik kan -___-' ...

Maaf lah kalau rasa gambar ni macam tak sesuai, nih adik lah yang amik gambar. Tapi saya peduli apa, main letak jer kat blog nih. Time nih tengah melayan cerita barbie kat tv3, hik3. Pepagi raya ada cerita barbie woii! Hehe, memang saya kalau tengok barbie dah macam kelaut dah ;p

Nih lagi satu, saya memang suka share kerusi dengan adik saya haha .. Nih lah adik saya Zhafir, dengan rambut serabai, sebab bila dia pakai songkok dia dah malas kemaskan rambut dia. Nih kalau dia tau saya letak gambar nih, memang bising satu rumah wei! Time ni, kat rumah tok ;)

Ni pulak masa kat rumah wan, wan memang banyak bela kucing hehe .. Ni kucing makngah, nama dia Adam Lambert, ni mama kucing tau, hak belakang tuh anak dia apatah nama dia, lupa .. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Hehe, kek nih makngah tempah dari Secret Recipe. Memang tiap tiap tahun makngah akan tempah satu kek dari Secret Recipe ..

Oleh kerana, saya asyik merungut sebab tertinggal perfume Davidoff kat rumah Shah Alam, then saya dapat Versace! Sengap terus bila dapat, muahaha ..  Thanks makngah, kita memang nak nak lama dah haknie ;D