Sunday, October 28, 2012

3
Day 799 : Melakar Blog


Ragam Hari Raya Qurban..


Alhamdullilah, dapat menyambut raya qurban tahun ni dengan meriah bersama keluarga. Malam sebelum raya, kami berkumpul kat dapur dok dengar ibu bercerita tentang kawan dia, pergi beraya Qurban kat Mekkah tahun lepas tak silap. Orang-orang disana sambut raya Qurban dengan meriah sangat, tetapi menyambut raya Aidilfitri sehari ja, lepas tuh semuanya senyap. Berbeza di Malaysia, raya Aidilfitri sangat disambut meriah berbanding raya Qurban. Ibu cakap, sebabnya diaorang kat sana sedih menyambut raya Aidilfitri sebab bulan Ramadhan yang mulia pergi meninggalkan kita. Kalau difikirkan di Malaysia, even Ramadhan pergi meninggalkan kita, raya tetap raya kan kan kan? Haha, kebanyakkan macam tuh right? Sebenarnya cara diaorang sambut tuh ada betul juga, sebabnya takbir raya Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah dan takbir hari raya Aidiladha adalah pada 10, 11, 12 dan 13Zulhijjah. Lynn pun tak terfikir, sebelum ibu cerita pasal ni. By the way, raya tahun ni lain sikit, sebab kitaorang kena balik rumah tok petang tuh selepas sembahyang Jumaat. Selalunya, kitaorang sekeluarga akan stay rumah wan sampai malam. Bila dah balik kampung, dah semestinya pergi melepak kat titi favourite kitaorang time kecik dedulu, hehe. Tapi sayang tak sempat nak amik gambar raya kat rumah wan sebab, lepas sembahyang raya semua pakat dok lapaq. Ohh ya, raya Qurban kali ni, kitaorang amik gambar 277keping! Haha, gila lah lagi banyak berbanding raya Aidilfitri, hehe..


Kali ni amik gambar depan Masjid Muzaffar Shah plak, selalu amik gambar masjid je kan, hehe. Saya dengan ibu lebih kurang sama tinggi je kan, hehe..

View, dari belakang rumah tok. 

Biasalah, adik Zhafir dia suka mengusik..


Tengah pujuk adik Zhafir, nak amik gambar sekali. Haha, kesian depan kena melayan kakak depa yang manja sorang ni, hik3..

Yeahh dapat juga, tidak susah nak amik gambar dia. Dia cakap ni sebab raya ja dia kasi permission, haha bengong gila kekonon macam VVIP..

 Berjalan hingga hujung kampung

Gambar ni lawa, tapi blur plak. Hurmm, tetap nak letak sebab suka :(

Dok nak perbetulkan gelang, hehe

Time ni kami dok melawan mulut last last jadi lawak, dah tak ingat pasai apa ;)

Ni pun blur, sayangnya..

Niat sebenarnya nak amik gambar adik Mubin. Tapi kemain susah gila nak amik gambar dia, mesti dia tunduk tamau mau nuh, hehh. 

Haa tengok lah budak belakang tuh, tunduk bagai nak qak ja.

Hak ni terpaksa crop, sebab orang sebelah tuh satg bising masuk gambar dia..

Pipi nampak tembam sikit, haha lantak pi lah. Hanya untuk sesuka kan ;)

Hak ni speechless tatau nak cakap apa, adik dok mengusik, hehe..



Terjumpa seekor ayam ni, dia tersangkut kat jaring, kesian dia..

Usaha menyelamatkan ayam yang tersangkut tuh.

Dekat 10minit dah tunggu tapi tak terlepas juga. Ayam tuh asyik bising ja, kitaorang pun sereyau kot kot tuan dia mai satg, tunduh kita nak cedera ayam dia plak.

Puteri lilin dah tak tahan, cau dulu lah. Gila, petang tuh panas so tinggal depa belakang tuh, haha.






Sekali puteri lilin ni berletiaq dengan cekak pinggang, adik Zhafir pun lari, kuang hasam betoi, haha..

Buat muka simpati dekat Zhafir sebab nak dia belanja ais krim, panas..

Semua pakat takot nak dekat dengan lembu tuh. Kitaorang buli Amir suruh dia pi dekat dengan lembu tuh, haha. 

Dalam dok ketaq tuh, berani juga dia pegang kepala lembu tuh, haha. Good Amir ;)

On the way, balik rumah wan. Ayah naik kereta lagi satu, sebab tak celuih nak naik satu kereta hehe. Ibu dok cerita lawak apatah, hehe.

Nak masukkan semua dalam gambar memang tak celuih lah kan, haha. Yang tengah tuh paling sengal sekali, hehe.


Dengan kesempatan ni, lynn nak ucapkan Selamat Hari Raya Qurban buat semua orang, semoga raya Qurban ni kita dapat menghayati keikhlasan dan pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu daripada Allah s.w.t. Tak lupa juga kepada Mohd Faiz Bin Omar dan sekeluarga.



Thursday, October 25, 2012

0
Day 796 : Melakar Blog

Lindungi Kulit 24Jam


Wajah yang cerah, ceria, kulit wajah yang lembab dan kemerahmerahan adalah kerana kulit itu bersih, bersih luaran dan dalaman. Bahan toksik banyak terdapat dalam badan kita yang datang dari ubatan, makanan, udara dan lain-lain. Toksik mesti dikeluarkan dan dibekalkan dengan bahan yang berkhasiat jika inginkan kulit yang cantik dan sihat. Bagaimanapun sekarang, pelbagai jenis pil-pil tambahan dan vitamin yang dikatakan baik untuk kulit di pasarkan bagi menarik pembeli. Sebenarnya, para pembeli harus berhati-hati dengan isi kandungan pil-pil yang kita ambil dan perlu tahu kandungan produk tersebut. Terbaca dalam satu artikel, minyak bersari mengandungi trans-fatty acids dan garam tanpa kandungan mineral membawa kepada kerosakan hati. Susu pasteur dan dihomogen, boleh menyebabkan ginjal tersumbat. Oleh itu, seeloknya kita elakkan mengambil pil-pil tambahan dan vitamin tanpa usul periksa kandungan produk tersebut. Sebaiknya, pengambilan sayuran hijau sangat baik untuk membersihkan dan membaiki kerosakan hati. Sayuran hijau berupaya menyahkan bahan toksik dalam badan seperti clorella, bayam, brokoli dan lain lain di masakan separuh mentah. Makanan hijau organik sesuai diambil waktu pagi bagi mengalkalikan darah dan memberi bekalan protein, mineral dan lemak kepada badan. Selain itu, penjagaan luran juga penting dalam memelihara kulit yang cantik dan terdapat banyak cara yang kita boleh cuba dan mudah.


 Banyakkan memakan kacang seperti badam, gajus dan walnut tanpa tambahan garam untuk membantu mengekalkan kulit sihat dan cantik.



 Hindari permukaan yang memantulkan sinar matahari, seperti air, pasir dan lantai. Radiasi ultraviolet atau UV dapat menyebabkan kerosakan kulit, bahkan kerosakan kulit dan kanser kulit. Radiasi ultraviolet (UV) dapat menyebabkan kulit kita terbakar, serta menyebabkan warna kulit kita bertukar  coklat dan kekeringan kepada kulit. Radiasi UV juga dapat merosak DNA, menekan kekebalan tubuh, dan mengaktifkan bahan kimia dalam tubuh yang menimbulkan kanser.



 Vitamin B baik untuk membantu pertumbuhan sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati dari permukaan kulit. Makanan daripada sumber gandum dan bijiran seperti cornflake kaya dengan sumber vitamin ini.



 Kurangkan pemgambilan makanan bergoreng dan pedas kerana tabiat pemakanan tersebut boleh mengalakkan pertumbuhan jerawat.



 Bagi mengatasi kulit tumit yang merekah, minyak kepala mampu menyelesaikan masalah tersebut. Minyak kelapa hanya dilumurkan di bahagian yang merekah tersebut.


 Sapukan losen pada siku,lutut dan tapak kaki kerana di situlah kawasan yang mudah kering. Losen yang mengandungi koko dapat membantu menghilangkan kesan regangan (stretch mark).



 Sabun mandian yang menghasilkan banyak buih hanya akan menghilangkan kandungan vitamin semula jadi kulit. Oleh itu, pemilihan sabun yang kaya dengan bahan pelembap dan kurang berbuih adalah sangat penting untuk pemiliharaan kulit. Selain itu, campuran setengah cawan madu dalam air mandian mampu menjadikan kulit gebu dan mulus. Mandian susu mampu membantu mengekalkan kadar kelembapan serta melembutkan kulit.



 Setiap kali mandi, lap badan perlahan-lahan dengan melakukan tekapan lembut. Elakkan menggosok tuala dengan kasar kerana tindakan itu hanya akan merosakkan kulit yang sihat.



 Kulit gelap pada bahagian tekuk dan bawah ketiak boleh mengundang perasaan malu. Bagi menghilangkan kulit gelap itu, campurkan pati lemon dan timun bersama secubit kunyit dan lumur pada bahagian tersebut. Kemudian, bilas dengan air suam.

 Seminggu sekali, skrub badan dengan menggunakan loofah pad bagi menghilangkan sel kulit mati dan juga mengembalikan ton asal kulit kita.



 Pengambilan herba seperti ginseng boleh membantu melambatkan proses penuaan pada kulit.

 Senaman dapat membantu memperbaiki sistem pernafasan dan melancarkan aliran darah ke kulit supaya kelihatan segar dan sihat. So girls, kalau rasa jogging memenatkan cuba alternatif lain seperti naik basikal ronda-ronda dalam taman. Sekurang-kurangnya kita dapat mengeluarkan peluh daripada biarkan liang roma kita tersumbat dan melancarkan perjalanan darah dalam tubuh kita.





Saturday, October 20, 2012

1
Day 791 : Melakar Blog

Bakat Terpendam..


Hari ni, bosan ibu pergi sekolah, adik zhafir plak tuisyen tinggal lynn dengan adik adik yang lain jer. So, kebetulan adik Mubin dok melukis dia minta bantuan lynn warna lukisan dia. Lynn dah lama tak mengasah bakat mewarna ni, teringat dedulu masa sekolah rendah, ibu selalu suruh lynn masuk pertandingan berwarna and lynn selalu dapat nombor satu, sampaikan ayah belikan colour crayon, colour pensil and colour Buncho yang set besar untuk lynn, huhu best kan? Masa sekolah menengah pun ada juga masuk pertandingan mewarna, time tuh tak ada niat pun nak masuk. Masa kelas Pendidikan Seni, time tuh cikgu tengah mengajar kitaorang buat corak kain batik, then ada cikgu seni dari kelas lain datang tengok kami mewarna, tetiba ja dia panggil suruh letak nama untuk pertandingan mewarna. Nak tak nak, kena juga tulis nama, hehe. Lepas tuh lynn dah tak mewarna, sebab dah masuk Form5 sibuk sikit dengan SPM and until pagi tadi lah baru lynn mewarna balik, hehe. Dalam family lynn, adik- adik lynn semua pandai melukis kecuali lynn. Lynn boleh melukis, tapi tak serapi lukisan adik lynn lah. Lynn boleh mewarna, and terbalik dengan adik-adik lynn diaorang kurang sikit bab-bab mewarna. Lynn sama dengan ibu lynn, kami lebih gemar mewarna daripada melukis. Ayah and adik adik semua lebih kepada melukis daripada mewarna, nampak perbezaan disitu, muahaha. Boleh dikatakan juga, darah family kitaorang ni darah seni, hehe...











Cantik kan adik Mubin saya lukis? Actually ada juga yang dia warna, tapi last last hancur ja hehe.




Wednesday, October 17, 2012

0
Day 788 : Melakar Blog


Menanti Hari...


Lagi 14hari nak masuk bulan November.. Banyak benda saya wish untuk November ni, biasalah dah seksaited sangat kan hehe.. Nasib lah masuk bulan November ni tengah tengah cuti semester, tidak hurmm sesorang lah saya kat Shah Alam, tak dapat nak imagine macam mana saya nak tempuh hari hari saya kat Shah Alam sesorang.. Anyway, lynn harap dapat habiskan masa dengan orang orang yang lynn sayang, sepanjang bulan November nanti, amin...

Happy girls are the prettiest ;)




Sunday, October 07, 2012

4
Day 777 : Melakar Blog

Rindu..


Assalamualaikum... Rasa lama tak update blog ni, hurmm.  Well, baru baru ni blog lynn tak boleh nak buka tatau kenapa, rasanya sebab SCM Player tuh maybe sebab blogspot block kot, hehe entah lah. Anyway banyak lagi media player yang boleh gunakan, hehe.  Actually, lynn pun tatau nak karang apa kat blog ni, dah tadak idea plus quite busy dengan final exam and still have 3 more paper,, ‘ouch’ cepat cepat lah habis final nih, dah tak sabaq nak balik Kedah, hehe.. Agak serabut sebenarnya bila duduk Shah Alam ni, tak macam kat Kedah. Kekadang tuh macam rasa tertekan pun ada, serabut dengan orang sekeliling kita, macam macam perangai, benda yang senang dirumitkan,, urghhh kekadang rasa juga kesian kat dorang, hurmm. Paling annoying bila kita rasa, semua orang dalam dunia ni mengejar kebendaan, status, harta and etc.. Sampai satu tahap timbul persoalan ‘kekadang kita perlu ke kita materialistic? ’  Tak salahkan kalau kita ada sikap materialistic tuh dalam diri kita, tapi kekadang rasa annoying juga dengan orang yang  materialistic ni, macam sedih pun ada juga kan? Sikap tuh membuatkan orang sekeliling rasa terluka kan, hehe.. 

Rindu suasana kat Kedah, rindu dengan suasana adik adik semua bersembang gurau senda dengan ibu kat dapur, rindu nak dengar tapak kasut adik Amir lari pergi padang, rindu nak tengok adik Zhafir and adik Mubin main kucing sambil layan budak kecik sebelah rumah, rindu nak tengok ayah siram pokok pokok dia, rindu nak tengok Amirah baring depan ruang tamu sambil tengok tv, rindu nak tengok bintang memalam, rindu nak bau pokok bila bangun pepagi, rindu suasana pagi hujung minggu, semua ada tugas masing masing untuk bersih rumah, rindu nak dengar adik Mubin and Amir bergaduh sebab ibu buatkan air yang special untuk Amir 'saja' okey! Rindu bila ayah sesaja tarik tocang lynn sebab lynn suka  makan dulu dari ayah, rindu bila ayah pegang kepala sambil cakap 'bertuah betul lah anak perempuan ayah ni', rindu suasana macam tuh. Rindu nak rasa orang sekeliling care pasal lynn, rindu nak dengar soalan ‘nak masak apa untuk esok?’, ‘malam nanti nak makan apa?’, ‘kak long nak ayah beli apa untuk esok?’, ‘hujung minggu ni nak pergi mana?’,  rindu nak dengar ayat ayat macam ni ‘morning princess’, ‘goodnight kak long or princess’.. Rindu kehidupan kat Kedah, rindu nak rasa orang care pasal lynn, rindu sangat ....

Mungkin kalau dari dulu lagi dengar cakap ibu ayah study dekat dekat, tiap tiap minggu balik rumah tadak lah duduk apartment ni sesorang bila tiap kali hujung minggu. Rindu nak rasa bila family sentiasa disisi. Agaknya lynn ni sesuai duduk kampung jer kot, kan? Hehe, suasana kampung yang dekat dengan adik beradik, saudara mara, dekat dengan alam semulajadi, tak payah terkejar-kejar status, harta and etc..