Monday, April 30, 2012

0
Day 651 : Melakar Blog


Shopping lagi?


Wahh hari ni shopping, haha. Saya memang suka shopping ja kerjanya. Haha, anyway hari ni shopping baucher buku 1Malaysia lah. Haha, actually lynn masih simpan RM100 baucher buku tuh, haa jealous tak? Haha. Sebelum dapat baucher buku ni, beria-ria nak dapat banyak benda nak belanja, itu lah, ini lah. Serious, banyak benda plak dok fikir nak belanjakan baucher tuh bila dapat. Then bila dah dapat, akhir bulan March baru nak spend tuh pun perah otak fikir nak beli apa. Tuh pun dipaksa untuk belanja baucher tuh. Tidak lynn memang buat bodoh jelah. Sangat pelik kan? Bila tak dapat, bising sana sini, merungut bila lah nak dapat baucher buku. tapi bila dah dapat senyap jer, blur tatau nak belanja apa. Then, semalam keluar dengan housemate kita Syuhadah and Vera pergi popular Sunway Pyramid. Actually dalam kepala lynn, dok fokus nak pergi Asian Avenue! Haha, lain yang perlu shopping lain pulak kita fikir. Biasa lah, bila p Sunway Pyramid tak sah kalau tak  pergi Asian Avenue! Wahh, kalau sebut Asian Avenue mata mesti *buka luas-luas, hehe biasalah #seksaited sangat. Ada juga benda nak grab kan, bila masuk situ. Tetiba teringat, dedulu ada housemate kita merangkap teman setido saya Izzaty and the geng selalu singgah Asian Avenue! Ada ja benda baru kitaorang usya, or beli. Hehe, miss that moment, seriously. By the way, bila dah pergi Asian Avenue ni, haa sekali pergi kedai perhiasan ni, dia cakap beli 3cincin percuma satu! Haha, well nafsu tamak haloba dah keluar. tanpa berfikir panjang terus grab mana-mana yang cun, hahaha! Yang lain, apatah lagi malas nak cerita lebih :D


The Marriage You've Always Wanted :)

Nahh, pengsan! Haha :D

Kita beli liquid ni, sebab nak nak Miney Mouse ni, comelkannnn!

My little red star! Kat popular Rm4.90 je. Tapi tatau lah, ada lagi ke tidak :)

Next day, hari Isnin pergi Sunway Pyramid lagi. Tapi kali ni dengan classmate kita, sebab nak cari benda kecil ni, haha. Sekarang trend kot benda ni. Tapi time ni, kita beli kat Asian Avenue :)




Sunday, April 15, 2012

0
Day 635 : Melakar Blog =)


Jengjalan lagi?


Opss jengjalan lagi? Pfttt kuat jalan benor yer cik lynn, hehe. Kali ni, saya pergi OneUtama! Lama gila tak pergi OneUtama, dulu selalu pergi dengan family if dorang datang sini, tuh pun datang amik saya bila start cuti semester. Now tak dah, sejak dah pandai balik naik flight sesorang, tuh pun rasa nervous tau. Haha, kelakar okey, bukan apa kita takot kat luar sesorang. Dah biasa dari kecik parent jaga sampai la ni. But now dah ada orang lain jaga plak. Okey berbalik kepada tajuk, kita pergi OneUtama sebab nak nak tengok wayang Battleship! Gua agak bengang juga lah, housemate kita semua dah pergi tengok, hari first keluar movie tuh, terus diaorang serbu wayang! Okey kira kita paling last lah ni pergi tengok Battleship. Siap kena api-api dengan budak rumah lambat tengok, pfttt. Kita countdown Battleship daripada November 2011, tahun lepas tuh okey! Lastly, orang paling last tengok dalam rumah ni, haha. Padahal menghuha-huha dalam rumah, tak sabar nak tunggu Battleship, siap introduce movie tuh, mencabar ni! Haha. Anyway, masa nak beli tiket, ya allah ramai gila manusia! Memang penuh juga lah, yang ada seat depan. Kita memang tak lah nak amik seat depan. Tapi nasib baik ada juga seat belakang, tuh midnight. Takpa lah, midnight pun midnight lah. Kita tetap tak kira, tetap nak nak tengok juga. Dalam membuang masa tuh, sempat juga singgah popular. Hehe, well kita still tak guna boucher 1Malaysia tuh, RM200. Sila lah jealous yer, haha. Semalam just guna RM100 ja, lagi RM50 kita nak belanja Encik Faiz,balance dia insyallah nak belanja housemate kita Syu, sebab dia nak nak beli novel katanya. Sebagai balasannya, korang kena belanja kita makan. Encik Faiz belanja Nando's, Cik Syuhada belanja Subway (kidding). Haha ada udang disebalik mee kuah ;D


Terus tertarik bila jumpa buku ni! 

Tinggal 3 0r 4 buku ja time tuh, nasib baik sempat grab!

Tadi baru teringat nak snap picture, haha.

Actually kesemuanya baru RM99.40, tapi lagi 60sen kita tatau nak buat apa. Hahaha so sedekah jelah. Lepas ni akan jadi semangat nak buat notes PPIM, pftttt 

Buang masa kat bilik air, hahaha ;D





Wednesday, April 11, 2012

2
Day 631 : Melakar Blog =)


Jengjalan di Putrajaya!


Hai semuorang! Dah lama kan kita tak update blog. Dah bersawang dah blog kita, kesian blog kita haknie, kan kan. Hehe by the way, lynn update pasal lynn pergi Putrajaya hari tuh, 8April. Lynn suka sangat pergi Putrajaya! Sebab suasana dia tak macam kat bandar, penuh bangunan, traffic light, kereta, jalan tar yang tak berapa nak bersih sangat, tak macam kat Putrajaya. Keadaan dia lagi bersih lah, plus tenang ka keadaan dia. Sebelum ni, lynn pernah update pasal lynn pergi Taman Botani kat Putrajaya. Tapi kali ni bersiar siar kat tepi tasik plak, hehe. Walaupun panas terik, agak lah rasa panasnya tapi lynn suka tenang ja, tak sesak dengan orang. Senang cerita lynn suka tempat yang tenang, penuh dengan kehijauan lah, hik3. Owhh ye, sebelum bertolak pergi Putrajaya tuh, kereta myvi W**770 terpancit lah pulak, pfttt! Dah lah tepat-tepat pukul 12.00 tengahari beb! Pfttt, saya paling tak suka, kalau keluar time tengahari, sebab apa? Sebab panas terik faham! Habis berpeluh okey, tapi nasib lah duduk dalam kereta kan. Time tuh kat ESSO belakang Persanda ni, ada bangla ni tolong tukar tayar kejap, tidak tatau lah kan. Dah lah hari ahad, takot workshop tak buka je. And nasib ada workshop yang buka. Selesai ja tukar tayar terus pecut naik KESAS pergi Putrajaya sebab perut cik Lynn dah berbunyi tanda lapar! Hehe, biasalah orang utara ni, lunch time dia pukul 11-2pm kan. So Encik Faiz bawa ke restoran yang dia selalu pergi waktu lunch time dia, Restoran Umai. Overall, not bad lah masakan dia. Tapi, phewww tomyam dia sangat membakar lidah saya. After that, lepas makan mesti lah kita nak jejalan kan, biarkan nasi ni turun kat perut *tip perut kempis* ! Time ni, adalah seorang ni capture gambar belakang kita lah pulak. Haihh, dia memang sahaja kan. Memang minta debik jawabnya, haha. Lepas tuh, bermula lah aktiviti berjalan, first pergi The Mines, sebab kita nak tukar screen protector, sebelum ni lynn pakai screen protector untuk BlackBerry 2G nya, padahal phone kita 3G nya. Amoi Giant tuh lah punya pasal! Siot ja letak screen protector 2G, tak reti beza kot, pftttt sabar jelah! Dah tukar, jejalan sat then gerak pergi Alamanda! Nak nak nak tengok Street Dance 2 Ohh lala! Kita suka Street Dance (UK) sebab jalan cerita dia lebih smooth dan lebih menjiwai lah berbanding StepUp. StepUp more to dance, tak ada jalan cerita sangat, gerak tari pun lebih keras (US).


Restoran Umai, Putrajaya

Ada orang ce-curi amik picture ni! Pftttt