Saturday, November 17, 2012
Sunday, October 28, 2012
3
Day 799 : Melakar Blog
Ragam
Hari Raya Qurban..
Alhamdullilah, dapat menyambut raya qurban tahun ni dengan
meriah bersama keluarga. Malam sebelum raya, kami berkumpul kat dapur dok
dengar ibu bercerita tentang kawan dia, pergi beraya Qurban kat Mekkah tahun
lepas tak silap. Orang-orang disana sambut raya Qurban dengan meriah sangat,
tetapi menyambut raya Aidilfitri sehari ja, lepas tuh semuanya senyap. Berbeza
di Malaysia, raya Aidilfitri sangat disambut meriah berbanding raya Qurban. Ibu
cakap, sebabnya diaorang kat sana sedih menyambut raya Aidilfitri sebab bulan
Ramadhan yang mulia pergi meninggalkan kita. Kalau difikirkan di Malaysia, even
Ramadhan pergi meninggalkan kita, raya tetap raya kan kan kan? Haha,
kebanyakkan macam tuh right? Sebenarnya cara diaorang sambut tuh ada betul
juga, sebabnya takbir raya Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak
bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam
selesai berkhutbah dan takbir hari raya Aidiladha adalah pada 10, 11, 12 dan
13Zulhijjah. Lynn pun tak terfikir, sebelum ibu cerita pasal ni. By the way,
raya tahun ni lain sikit, sebab kitaorang kena balik rumah tok petang tuh
selepas sembahyang Jumaat. Selalunya, kitaorang sekeluarga akan stay rumah wan
sampai malam. Bila dah balik kampung, dah semestinya pergi melepak kat titi
favourite kitaorang time kecik dedulu, hehe. Tapi sayang tak sempat nak amik
gambar raya kat rumah wan sebab, lepas sembahyang raya semua pakat dok
lapaq. Ohh ya, raya Qurban kali ni, kitaorang amik gambar 277keping! Haha,
gila lah lagi banyak berbanding raya Aidilfitri,
hehe..
Kali ni amik gambar depan Masjid Muzaffar Shah plak, selalu amik gambar masjid je kan, hehe. Saya dengan ibu lebih kurang sama tinggi je kan, hehe..
View, dari belakang rumah tok.
Biasalah, adik Zhafir dia suka mengusik..
Tengah pujuk adik Zhafir, nak amik gambar sekali. Haha, kesian depan kena melayan kakak depa yang manja sorang ni, hik3..
Yeahh dapat juga, tidak susah nak amik gambar dia. Dia cakap ni sebab raya ja dia kasi permission, haha bengong gila kekonon macam VVIP..
Berjalan hingga hujung kampung
Gambar ni lawa, tapi blur plak. Hurmm, tetap nak letak sebab suka :(
Dok nak perbetulkan gelang, hehe
Time ni kami dok melawan mulut last last jadi lawak, dah tak ingat pasai apa ;)
Ni pun blur, sayangnya..
Niat sebenarnya nak amik gambar adik Mubin. Tapi kemain susah gila nak amik gambar dia, mesti dia tunduk tamau mau nuh, hehh.
Haa tengok lah budak belakang tuh, tunduk bagai nak qak ja.
Hak ni terpaksa crop, sebab orang sebelah tuh satg bising masuk gambar dia..
Pipi nampak tembam sikit, haha lantak pi lah. Hanya untuk sesuka kan ;)
Hak ni speechless tatau nak cakap apa, adik dok mengusik, hehe..
Terjumpa seekor ayam ni, dia tersangkut kat jaring, kesian dia..
Usaha menyelamatkan ayam yang tersangkut tuh.
Dekat 10minit dah tunggu tapi tak terlepas juga. Ayam tuh asyik bising ja, kitaorang pun sereyau kot kot tuan dia mai satg, tunduh kita nak cedera ayam dia plak.
Puteri lilin dah tak tahan, cau dulu lah. Gila, petang tuh panas so tinggal depa belakang tuh, haha.
Sekali puteri lilin ni berletiaq dengan cekak pinggang, adik Zhafir pun lari, kuang hasam betoi, haha..
Buat muka simpati dekat Zhafir sebab nak dia belanja ais krim, panas..
Semua pakat takot nak dekat dengan lembu tuh. Kitaorang buli Amir suruh dia pi dekat dengan lembu tuh, haha.
Dalam dok ketaq tuh, berani juga dia pegang kepala lembu tuh, haha. Good Amir ;)
On the way, balik rumah wan. Ayah naik kereta lagi satu, sebab tak celuih nak naik satu kereta hehe. Ibu dok cerita lawak apatah, hehe.
Nak masukkan semua dalam gambar memang tak celuih lah kan, haha. Yang tengah tuh paling sengal sekali, hehe.
Dengan kesempatan ni, lynn nak ucapkan Selamat Hari Raya Qurban buat semua orang, semoga raya Qurban ni kita dapat menghayati keikhlasan dan pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu daripada Allah s.w.t. Tak lupa juga kepada Mohd Faiz Bin Omar dan sekeluarga.
Thursday, October 25, 2012
0
Day 796 : Melakar Blog
Lindungi Kulit 24Jam
Wajah yang cerah, ceria, kulit wajah yang lembab dan kemerahmerahan adalah kerana kulit itu bersih, bersih luaran dan dalaman. Bahan toksik banyak terdapat dalam badan kita yang datang dari ubatan, makanan, udara dan lain-lain. Toksik mesti dikeluarkan dan dibekalkan dengan bahan yang berkhasiat jika inginkan kulit yang cantik dan sihat. Bagaimanapun sekarang, pelbagai jenis pil-pil tambahan dan vitamin yang dikatakan baik untuk kulit di pasarkan bagi menarik pembeli. Sebenarnya, para pembeli harus berhati-hati dengan isi kandungan pil-pil yang kita ambil dan perlu tahu kandungan produk tersebut. Terbaca dalam satu artikel, minyak bersari mengandungi trans-fatty acids dan garam tanpa kandungan mineral membawa kepada kerosakan hati. Susu pasteur dan dihomogen, boleh menyebabkan ginjal tersumbat. Oleh itu, seeloknya kita elakkan mengambil pil-pil tambahan dan vitamin tanpa usul periksa kandungan produk tersebut. Sebaiknya, pengambilan sayuran hijau sangat baik untuk membersihkan dan membaiki kerosakan hati. Sayuran hijau berupaya menyahkan bahan toksik dalam badan seperti clorella, bayam, brokoli dan lain lain di masakan separuh mentah. Makanan hijau organik sesuai diambil waktu pagi bagi mengalkalikan darah dan memberi bekalan protein, mineral dan lemak kepada badan. Selain itu, penjagaan luran juga penting dalam memelihara kulit yang cantik dan terdapat banyak cara yang kita boleh cuba dan mudah.
♥ Banyakkan memakan kacang seperti badam, gajus dan walnut
tanpa tambahan garam untuk membantu mengekalkan kulit sihat dan cantik.
♥ Hindari permukaan yang memantulkan sinar matahari, seperti air, pasir dan lantai. Radiasi ultraviolet atau UV dapat menyebabkan kerosakan kulit, bahkan kerosakan kulit dan kanser kulit. Radiasi ultraviolet (UV) dapat menyebabkan kulit kita terbakar, serta menyebabkan warna kulit kita bertukar coklat dan kekeringan kepada kulit. Radiasi UV juga dapat merosak DNA, menekan kekebalan tubuh, dan mengaktifkan bahan kimia dalam tubuh yang menimbulkan kanser.
♥ Vitamin B baik untuk membantu pertumbuhan sel baru dan
menyingkirkan sel kulit mati dari permukaan kulit. Makanan daripada sumber
gandum dan bijiran seperti cornflake kaya dengan sumber vitamin ini.
♥ Kurangkan pemgambilan makanan bergoreng dan pedas kerana
tabiat pemakanan tersebut boleh mengalakkan pertumbuhan jerawat.
♥ Bagi mengatasi kulit tumit yang merekah, minyak kepala mampu
menyelesaikan masalah tersebut. Minyak kelapa hanya dilumurkan di bahagian yang
merekah tersebut.
♥ Sapukan losen pada siku,lutut dan tapak kaki kerana di
situlah kawasan yang mudah kering. Losen yang mengandungi koko dapat membantu
menghilangkan kesan regangan (stretch mark).
♥ Sabun mandian yang menghasilkan banyak buih hanya akan
menghilangkan kandungan vitamin semula jadi kulit. Oleh itu, pemilihan sabun
yang kaya dengan bahan pelembap dan kurang berbuih adalah sangat penting untuk
pemiliharaan kulit. Selain itu, campuran setengah cawan madu dalam air mandian
mampu menjadikan kulit gebu dan mulus. Mandian susu mampu membantu mengekalkan kadar
kelembapan serta melembutkan kulit.
♥ Setiap kali mandi, lap badan perlahan-lahan dengan melakukan
tekapan lembut. Elakkan menggosok tuala dengan kasar kerana tindakan itu hanya
akan merosakkan kulit yang sihat.
♥ Kulit gelap pada bahagian tekuk dan bawah ketiak boleh
mengundang perasaan malu. Bagi menghilangkan kulit gelap itu, campurkan pati
lemon dan timun bersama secubit kunyit dan lumur pada bahagian tersebut.
Kemudian, bilas dengan air suam.
♥ Seminggu sekali, skrub badan dengan menggunakan loofah pad
bagi menghilangkan sel kulit mati dan juga mengembalikan ton asal kulit kita.
♥ Pengambilan herba seperti ginseng boleh membantu melambatkan
proses penuaan pada kulit.
♥ Senaman dapat membantu memperbaiki sistem pernafasan dan
melancarkan aliran darah ke kulit supaya kelihatan segar dan sihat. So girls, kalau rasa jogging memenatkan cuba alternatif lain seperti naik basikal ronda-ronda dalam taman. Sekurang-kurangnya kita dapat mengeluarkan peluh daripada biarkan liang roma kita tersumbat dan melancarkan perjalanan darah dalam tubuh kita.
Saturday, October 20, 2012
1
Day 791 : Melakar Blog
Bakat Terpendam..
Hari ni, bosan ibu pergi sekolah, adik zhafir plak tuisyen
tinggal lynn dengan adik adik yang lain jer. So, kebetulan adik Mubin dok
melukis dia minta bantuan lynn warna lukisan dia. Lynn dah lama tak mengasah
bakat mewarna ni, teringat dedulu masa sekolah rendah, ibu selalu suruh lynn
masuk pertandingan berwarna and lynn selalu dapat nombor satu, sampaikan ayah
belikan colour crayon, colour pensil and colour Buncho yang set besar untuk
lynn, huhu best kan? Masa sekolah menengah pun ada juga masuk pertandingan
mewarna, time tuh tak ada niat pun nak masuk. Masa kelas Pendidikan Seni,
time tuh cikgu tengah mengajar kitaorang buat corak kain batik, then ada cikgu
seni dari kelas lain datang tengok kami mewarna, tetiba ja dia panggil suruh
letak nama untuk pertandingan mewarna. Nak tak nak, kena juga tulis nama, hehe.
Lepas tuh lynn dah tak mewarna, sebab dah masuk Form5 sibuk sikit dengan SPM
and until pagi tadi lah baru lynn mewarna balik, hehe. Dalam family lynn, adik-
adik lynn semua pandai melukis kecuali lynn. Lynn boleh melukis, tapi tak
serapi lukisan adik lynn lah. Lynn boleh mewarna, and terbalik dengan adik-adik
lynn diaorang kurang sikit bab-bab mewarna. Lynn sama dengan ibu lynn, kami
lebih gemar mewarna daripada melukis. Ayah and adik adik semua lebih kepada
melukis daripada mewarna, nampak perbezaan disitu, muahaha. Boleh dikatakan
juga, darah family kitaorang ni darah seni, hehe...
Cantik kan adik Mubin saya lukis? Actually ada juga yang dia warna, tapi last last hancur ja hehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)