Saturday, December 31, 2011

0
Day 527 : melakar blog =)


Jengjalan Buang Masa ...


Ajak kawan saya pergi Guardian semata-mata nak beli baby baru. Haha, semacam je bila masa pula Guardian jual baby ni? Hehe, maksud lynn ialah BabyLips. Actually banyak benda nak beli. Tapi bila dah sampai Guardian, teringat baby jer, hampeh kan. Dah sampai rumah bari teringat nak beli cream, pembersih muka, skaf. Adoi, baby pula yang terlebih penting. Hehe, nevermind lah, esok-esok boleh beli lagi. By the way, malam kang lynn ikut kawan balik Melaka! Yeahh, boleh shopping sana, hik3. Tak habis-habis shopping kan kan? Adess, bila dah shopping ini lah jadinya. Sabar jelah, my future husband yer. Hik3


My new baby!




Friday, December 16, 2011

0
Day 512 : melakar blog =)


Hadiah Hari Jadi ...


Dah masuk 28hari selepas birthday lynn, bulan lalu. Hari ni, lynn dapat lagi satu hadiah! Lynn dapat hadiah bear! Yeahhh, besar kedabak tau korang. Lynn mula-mula tengok dah terkejut beruk tau bila kawan lynn buka bonet kereta Jazz dia tuh. Ingat nak meloncat-loncat jer. Tapi fikir balik, depan opublic mana boleh terkinja-kinja, ye tak? Heee, sumpah lynn senyum lebar je bila angkat bear tuh. Tapi berat lol! Semput lynn bawa bear ni naik apartment lynn. Nak masuk lif pun susah, nasib ada abang ni offer nak tolong angkat. Haa, alang-alang ada orang nak tolong, apa lagi. Sampai kedepan rumah dia tolong angkat. Segan gila, masuk rumah bawa bear kedabak tuh. semua kengkawan tanya. Lynn buat muka selamba sudah, hik3. Anyway, lynn ucapkan terima kasih jie. Untuk hadiah yang berat kedabak tuh. Thanks :)

Kedabak kan SmoothyBear, itu nama bear saya !!




Sunday, December 04, 2011

0
Day 500 : melakar blog =)

Breakfast ...

Sunday, 04/11/2011 - 9.30am

Sanggup bangun awal sebab nak breakfast kat mcD, giant seksyen13. Kalau tidak, memang tak lah kan nak bangun awal, hujung minggu ni. Ini pun sebab tak pernah lagi breakfast dengan Ili Nur Farhana , tuh yang sanggup juga nak bangun awal. Bila lagi kan, nak breakfast dengan dia, lynn pun selalu busy je, akhir-akhir ni. Hee :D

Bila dah makan sikit baru teringat nak ambil picture, hampeh.

Pagi-pagi dah layan Gempak dia ni. Dia memang selalu langgan Gempak. Tak pernah miss rasanya majalah ni.




Wednesday, November 30, 2011

0
Day 496 : Melakar Blog =)


5 Deadly Terms By A Woman

Fine!
This is the word used to end an argument when, she know she is right and you need to shut up.

Nothing
Means something and you need to be worried.

Go Ahead
This is a dare, not permission, do not do it!

Whatever
Is a woman's way of saying screw you!

That's Ok
She is thinking long and hard on how and when you will pay for your mistakes.





Monday, November 21, 2011

4
Day 487 : melakar blog =)

Stress!

Urghh sangat stress! Sampai je rumah sewa terus tengok eklas, sebab nak tengok timetable for this sem. Tapi bila tengok je timetable, rasa tanak belajar pun ada. Rasanya korang jangan terkejut kalau tengok saya kerja, sebab tanak masuk kelas! This sem lynn ambil 6subject, bagi korang mungkin macam biasa je. Tapi bagi lynn yang otak tak berapa pandai ni, alahai beratnya. Yelah, lynn bukan boleh kalau tertekan sangat. Ini sangat tak baik untuk kesihatan tau you all. Tetiba ja topik kesihatan, hik3. Sambung topik utama kita, lynn rasa nak menangis pun ada bila tengok timetable. Mana tak nya, kelas sampai pukul 8pm! Mana pernah sebelum ni kelas sampai pukul 8pm. Bagi lynn biar lah kelas siang pack, tapi jangan ganggu malam lynn! Masa malam untuk diri lynn, tak kira lah belajar ke, kerja ka. Saya amat titik berat masa rehat saya!

1. INTERNATIONAL BUSINESS
2. COST ACCOUNTING
3. INFORMATION TECHNOLOGY FOR BUSINESS
4. FINANCIAL MANAGEMENT
5. INTERNATIONAL MARKETING
6. PROFESSIONAL ENGLISH

Pehhh berdarah gua!




Sunday, November 20, 2011

8
Day 486 : melakar blog =)

Go Back Home .....


Sumpah sedih gila wei, nak balik Shah Alam ni. Nanti homesick lagi lah lynn. Rindu juga nak jumpa kengkawan semua kat sana. Actually diri ni, langsung tak bersedia nak balik Shah Alam. Rasa nak nak duduk rumah lagi. Seksanya duduk jauh dengan family. Dulu time STPM, kemain nak belajar jauh2, nak rasa hidup berdikari, but now bila dah jauh sedih pula. Pagi kejap lagi, rasanya lepas subuh dalam pukul 6.30 a.m lynn akan bertolak ke Shah Alam. Rasanya dalam 4jam sampai lah. So i need go to sleep now!


 Barang-barang nak bawa balik Shah Alam

Hik3 nanti rindu Pooh and Tiger saya.




Friday, November 18, 2011

2
Day 484 : melakar blog =)

Happy Birthday!




Genap pukul 12.00 a.m masuk lah umur saya 21tahun! Ohh tidak! Hehe, anyway hari jadi kali ni paling best! Gua dapat lappy baru! Haha, actually lappy Acer yang lama tuh ada macam rosak sikit. Nak guna boleh jer, tapi rasa sedih gila lah kan. So ibu belikan lappy baru. Hari ni, saya sambung birthday sekali dengan makngah saya. Harijadi makngah 09/11/2011. Tapi haritu, dia cakap nak sambung sekali, i mean buat makan sekali. Tiada apa yang special pun, yang penting saya dapat bersama family saya! itu dah cukup rahmat bagi saya, bersyukur sangat, walaupun tak dapat raikan bersama MyComel.



Thank ibu belikan kak long lappy :) 

Haha, dalam diam-diam adik ambil gambar! gedik lah kan.