Friday, December 16, 2011

0
Day 512 : melakar blog =)


Hadiah Hari Jadi ...


Dah masuk 28hari selepas birthday lynn, bulan lalu. Hari ni, lynn dapat lagi satu hadiah! Lynn dapat hadiah bear! Yeahhh, besar kedabak tau korang. Lynn mula-mula tengok dah terkejut beruk tau bila kawan lynn buka bonet kereta Jazz dia tuh. Ingat nak meloncat-loncat jer. Tapi fikir balik, depan opublic mana boleh terkinja-kinja, ye tak? Heee, sumpah lynn senyum lebar je bila angkat bear tuh. Tapi berat lol! Semput lynn bawa bear ni naik apartment lynn. Nak masuk lif pun susah, nasib ada abang ni offer nak tolong angkat. Haa, alang-alang ada orang nak tolong, apa lagi. Sampai kedepan rumah dia tolong angkat. Segan gila, masuk rumah bawa bear kedabak tuh. semua kengkawan tanya. Lynn buat muka selamba sudah, hik3. Anyway, lynn ucapkan terima kasih jie. Untuk hadiah yang berat kedabak tuh. Thanks :)

Kedabak kan SmoothyBear, itu nama bear saya !!




0 balas surat cinta: