Thursday, October 25, 2012

0
Day 796 : Melakar Blog

Lindungi Kulit 24Jam


Wajah yang cerah, ceria, kulit wajah yang lembab dan kemerahmerahan adalah kerana kulit itu bersih, bersih luaran dan dalaman. Bahan toksik banyak terdapat dalam badan kita yang datang dari ubatan, makanan, udara dan lain-lain. Toksik mesti dikeluarkan dan dibekalkan dengan bahan yang berkhasiat jika inginkan kulit yang cantik dan sihat. Bagaimanapun sekarang, pelbagai jenis pil-pil tambahan dan vitamin yang dikatakan baik untuk kulit di pasarkan bagi menarik pembeli. Sebenarnya, para pembeli harus berhati-hati dengan isi kandungan pil-pil yang kita ambil dan perlu tahu kandungan produk tersebut. Terbaca dalam satu artikel, minyak bersari mengandungi trans-fatty acids dan garam tanpa kandungan mineral membawa kepada kerosakan hati. Susu pasteur dan dihomogen, boleh menyebabkan ginjal tersumbat. Oleh itu, seeloknya kita elakkan mengambil pil-pil tambahan dan vitamin tanpa usul periksa kandungan produk tersebut. Sebaiknya, pengambilan sayuran hijau sangat baik untuk membersihkan dan membaiki kerosakan hati. Sayuran hijau berupaya menyahkan bahan toksik dalam badan seperti clorella, bayam, brokoli dan lain lain di masakan separuh mentah. Makanan hijau organik sesuai diambil waktu pagi bagi mengalkalikan darah dan memberi bekalan protein, mineral dan lemak kepada badan. Selain itu, penjagaan luran juga penting dalam memelihara kulit yang cantik dan terdapat banyak cara yang kita boleh cuba dan mudah.


 Banyakkan memakan kacang seperti badam, gajus dan walnut tanpa tambahan garam untuk membantu mengekalkan kulit sihat dan cantik.



 Hindari permukaan yang memantulkan sinar matahari, seperti air, pasir dan lantai. Radiasi ultraviolet atau UV dapat menyebabkan kerosakan kulit, bahkan kerosakan kulit dan kanser kulit. Radiasi ultraviolet (UV) dapat menyebabkan kulit kita terbakar, serta menyebabkan warna kulit kita bertukar  coklat dan kekeringan kepada kulit. Radiasi UV juga dapat merosak DNA, menekan kekebalan tubuh, dan mengaktifkan bahan kimia dalam tubuh yang menimbulkan kanser.



 Vitamin B baik untuk membantu pertumbuhan sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati dari permukaan kulit. Makanan daripada sumber gandum dan bijiran seperti cornflake kaya dengan sumber vitamin ini.



 Kurangkan pemgambilan makanan bergoreng dan pedas kerana tabiat pemakanan tersebut boleh mengalakkan pertumbuhan jerawat.



 Bagi mengatasi kulit tumit yang merekah, minyak kepala mampu menyelesaikan masalah tersebut. Minyak kelapa hanya dilumurkan di bahagian yang merekah tersebut.


 Sapukan losen pada siku,lutut dan tapak kaki kerana di situlah kawasan yang mudah kering. Losen yang mengandungi koko dapat membantu menghilangkan kesan regangan (stretch mark).



 Sabun mandian yang menghasilkan banyak buih hanya akan menghilangkan kandungan vitamin semula jadi kulit. Oleh itu, pemilihan sabun yang kaya dengan bahan pelembap dan kurang berbuih adalah sangat penting untuk pemiliharaan kulit. Selain itu, campuran setengah cawan madu dalam air mandian mampu menjadikan kulit gebu dan mulus. Mandian susu mampu membantu mengekalkan kadar kelembapan serta melembutkan kulit.



 Setiap kali mandi, lap badan perlahan-lahan dengan melakukan tekapan lembut. Elakkan menggosok tuala dengan kasar kerana tindakan itu hanya akan merosakkan kulit yang sihat.



 Kulit gelap pada bahagian tekuk dan bawah ketiak boleh mengundang perasaan malu. Bagi menghilangkan kulit gelap itu, campurkan pati lemon dan timun bersama secubit kunyit dan lumur pada bahagian tersebut. Kemudian, bilas dengan air suam.

 Seminggu sekali, skrub badan dengan menggunakan loofah pad bagi menghilangkan sel kulit mati dan juga mengembalikan ton asal kulit kita.



 Pengambilan herba seperti ginseng boleh membantu melambatkan proses penuaan pada kulit.

 Senaman dapat membantu memperbaiki sistem pernafasan dan melancarkan aliran darah ke kulit supaya kelihatan segar dan sihat. So girls, kalau rasa jogging memenatkan cuba alternatif lain seperti naik basikal ronda-ronda dalam taman. Sekurang-kurangnya kita dapat mengeluarkan peluh daripada biarkan liang roma kita tersumbat dan melancarkan perjalanan darah dalam tubuh kita.





0 balas surat cinta: