Monday, November 07, 2011

0
Day 474 : melakar belog =)


Ciri2 Lelaki Idaman Lynn ??

Mesti pelik kan, kenapa tetiba lynn post tentang tajuk ni? Tak semena-mena lynn bercakap tentang tajuk ni tanpa sebabkan? Actually, ada yang bertanya macam tajuk utama kita tuh, ‘ Ciri2 Lelaki Idaman Lynn? ’ errr, apa bendalah lynn nak merepekkan. Selama ni tak pernah terfikir pun or letak satu garis panduan untuk jadi ciri2 idaman ni. Tapi dah dorang tanya, so ini semua yang terlintas di fikiran lynn. Kalau bagi tempoh seminggu memang panjanglah senarainya... Ciri2 :

Mampu melakukan kerja lelaki
Kerja lelaki ini, ialah seperti membaiki paip, bertukang, membaiki kenderaan dan sebagainya. Bagi saya kerja2 ini, membuatkan dorang nampak cool, hebatkan? Contohnya, bila kereta rosak tengah jalan, telefon jer si suami atau si boyfriend mesti dorang datang settle kan masalah ! sweet kan kan kan ?  Ada research menyatakan wanita amat mudah terpikat terhadap lelaki yang mampu melakukan kerja2 lelaki. Mungkin ini merupakan rahsia yang kebanyakan lelaki tidak sedar.

Sopan
Mungkin ciri2 ini agak kuno tetapi mostly wanita bersetuju bahawa mereka lebih sukakan jenis lelaki yang sopan. Apa yang saya maksudkan, bukanlah perwatakan yang lembut, terlalu menjaga tingkah laku dan sebagainya.  Tetapi, kepada pertuturan mereka apabila bercakap dengan wanita. Sekeras2 hati wanita, tapi apabila ditegur oleh si Dia, boleh berendamkan air mata 3hari 2malam tau !  Hati perempuan ni, sangat sensitif, tak terkecuali juga saya. Lynn tak suka lelaki yang cakap lepas. Sekali dua, lynn boleh terima, tapi kalau dah banyak kali, rasanya tiada sebab lynn nak bertahan untuk hubungan macam tuh. Terutamanya apabila dikritikan tentang masakan. Ketahuilah, perempuan masak bukan untuk dikritik atau dikomen. At least, masakan mereka ada rasa, walaupun tak sehebat masakan di hotel 5stars ! Dan apa yang paling lynn pantang, kalau nak bandingkan masakan lynn dengan orang lain. Air tangan setiap orang berbeza. #TakeNote

Cara berpakaian 
Berpakaian dengan kemas dan smart. Lynn suka tengok lelaki yang pandai menjaga penampilannya, bukan untuk memilih tapi sekurang2 sedap mata ni memandang, selesa untuk didampingi. Tak perlu melebih2 dalam berpakaian, cukup lah simple dan nampak bersih.

Berjaya memikat hati ibubapa 
Dari kecil hingga besar, lynn memang rapat dengan family. Tak pernah sekali renggang dengan family, sehinggalah lynn sambung belajar di Shah Alam. Bukan senang nak cari someone yang dapat terima family kita sepenuhnya. Bagi lynn, sebelum dia nak masuk dalam hidup lynn, dia kena masuk dalam family lynn dulu. 

Mampu berdikari 
Bagaimana seorang lelaki mampu untuk melindungi seorang wanita sedangkan diri mereka sendiri masih tidak mampu untuk dilindungi? Persoalan ni, selalu bermain di fikiran wanita. Kalau si Dia tak mampu nak berdikari, macam mana si Dia nak pimpin saya? ......

Membuatkan saya berasa selamat 
Tiada apa yang dapat menyelesakan perempuan apabila berada disisi si Dia, daripada perasaan yang selamat. Sekiranya anda sudah berjaya membuatkan seorang wanita berasa selamat apabila bersama, anda sebenarnya telah berjaya memikat mereka. #TakeNote

Yang mampu buat saya ketawa sehingga lebam pipi (Kelakar)
Tanggungjawab seorang lelaki adalah untuk membuatkan perempuan ketawa. Hahaha, saya pula jenis yang mental sikit, so tak suka keadaan yang suram ! Tapi, tak perlu lah sampai nak melawak lampau kan? Sometime annoying juga kalau buat2 tuh.

Mengambil berat 
Perempuan suka, apabila diberi perhatian terhadap mereka. Tak kisahlah sama ada dikalangan perempuan sendiri atau dikalangan lelaki. Bagi lynn, cukuplah si Dia ambil berat tentang kehidupan lynn, walaupun skadar bertanya. Sekurangnya, ambil peduli tentang kehidupan lynn. Lynn sangat hargainya. Tapi, kalau beri lebih perhatian, lagi bagus.

Ada sifat kepimpinan 
Tugas besar seorang lelaki adalah untuk memimpin. Lynn suka tengok lelaki yang ada sifat kepimpinan ni. Bukan dari segi, memimpin perempuan dan keluarga, tetapi bagaimana mereka memimpin tingkah laku mereka sendiri untuk dijadikan contoh. Almaklum lah, sekarang susah sangat nak cari lelaki yang ada ciri2 macam ni. Bila kita, pertikaikan ada pula kaum adam yang bising. Tapi, ada tak mereka mendalami ke ertinya?

Lelaki yang penyabar
Yelah, perempuankan banyak karenahnya. Tak terlari juga dengan lynn. Family,  si Dia dan kengkawan lynn tahu lah sebanyak mana karenah lynn yang baru berumur '2tahun' ni. Sekejap2 nak gedik, sekejap2 nak marah sana sini, sekejap2 nak merajuk, sekejap2 nak itu lah, nak ini lah. Haihh, sapa tahan kan macam tuh? Tapi nak buat macam mana kan? So si Dia tak perlu nak marah2, cool sudah. #TakeNote


Anyway, semua ciri2 di atas tuh tak semuanya kita dapat kan ? Kita boleh senaraikan beratus2 ciri2 lelaki idaman kita, tapi tak semua lelaki ada ciri2 yang kita list kan tuh.  Lynn tak minta supaya lynn dapat lelaki yang mempunyai semua ciri2 di atas, cukup lah si Dia jadi dirinya sendiri. Tapi kalau si Dia ada ciri2 seperti di atas, itu adalah bonus :)





0 balas surat cinta: