Tuesday, May 21, 2013

0
Day 1,005 : Melakar Blog

Ber’Whatsapp’ Dengan Adik Perempuan


Assalamualaikum warahmatuallah hiwabarakahtuh. Hee panjangkan. Dah lama sangat lynn tak blogging kan? Sampaikan lynn actually terlupa dah design blog lynn macam mana, haha. Ni baru terfikir nak buka sebab penat fikir design blog lynn macam mana, hehe aduhh. Beside, lynn memang nak upload picture baby kucing arwah wan lynn, hee. Sebab aksi dia comel sangat, itu lynn nak share kat blog ni. Sebenarnya lynn ingat baby kucing ni kecik lagi, tadi bila dapat picture dari adik, tengok tengok dah besaq dah baby kucing (ZaynMalik). Lynn namakan dia Zayn Malik, sebab dia putih putih ada bulu hitam. Ada seekor lagi bulu putih semua, lynn nama dia Henry Style, tapi kesian dah mati sebab ada kucing jantan gigit dia. Jahatkan kucing jantan tuh, dah lah dating dari mana tah kucing tuh. Kucing jantan tuh gigit, sebab yang Henry ni suka duduk dengan mak dia, so kucing jantan tuh nak mengorat mak dia, dia gigit Henry. Time tuh Zayn pun ada, Zayn dah terpelanting sebab kena sepak dengan kucing jantan ni. Eeeeee jahat kan, sian Henry. Sekarang tinggal ZaynMalik jelah, hehe nasiblah ada Amir yang dok melayan Zayn Malik, tidak kesian tadak geng nak main, hehe.




Haa, tengok tuh, tengok tuh. Haha macam mana lah dia boleh p qabat pokok tuh, aduhh.



Heee, comel dia manja manja.



Ini catwoman tiru ni..


Tengok lah, tak padan dengan status bongsunya, dah pandai menjawab jawab dah adik Amir ni. Adehh, memacam perangai adik kita ni, hehe.




Sunday, April 07, 2013

0
Day 961 : Melakar Blog


Cinta & Benci


Bagaimana cara membuatmu bahagia

Nyaris ku menyerah jalani semua

Telah berbagai kata ku ungkap percuma

Agar kau percaya cintaku berharga



Tak kuat ku menahanmu

Mempertahankan cintaku

Namun kau begitu saja

Tak pernah merindu



Sungguh aku tak bias, sampai kapan pun tak bisa

Membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu

Sulit untuk ku bias, sangat sulit ku tak bisa

Memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa



Apa kau mengerti ku sedih sendiri

Tanpa ada kamu ku merasa sepi

Telah lama ku menantimu

Diam sendiri menunggu

Setengah hati mencinta

Ku sakit karenamu



Sungguh aku tak bias, sampai kapan pun tak bisa

Membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu

Sulit untuk ku bias, sangat sulit ku tak bisa

Memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa

'Ku sakit karenamu'



Sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa

Memisahkan segala cinta dan benci

Sungguh aku tak bisa, sampai kapan pun tak bisa

Membenci dirimu

Sesungguhnya aku tak mampu, sungguh aku tak bisa

Sampai kapan pun tak bisa, memisahkan segala cinta dan benci

Cinta dan benci yang ku rasa





Wednesday, March 13, 2013

0
Day 936 : Melakar Blog


Tinggal Kenangan..


17February2013 : Tepat pukul12 tengahari, allahyarham wan lynn selamat dikebumikan, 5hari selepas birthday ibu. Pagi ahad, lynn dapat call daripada ibu dalam pukul7 lebih tak silap. Time tuh, baru terjaga, biasalah kalau duduk rumah bujang kan. Masa dapat berita daripada ibu, lynn memang macam terkaku, macam tak percaya apa ibu sampaikan, nak bertanya banyak ibu plak terus letak phone, tau mesti ibu sebak sangat. Lepas 10minit, lynn terfikir kenangan balik raya Chinese new year hari tuh, terus mengalir air mata. Seminggu selepas lynn jumpa arwah wan, sekarang dah kembali ke rahmatullah. Dalam fikiran lynn masa tuh, teringat balik masa lynn amik gambar arwah, masa arwah dok berehat bawah pokok, time tuh kucing kesayangan arwah wan dok main main kaki arwah, hehe. Masa tuh, tak terlintas nak amik gambar, tapi ibu sesaja cakap amik lah gambar wan dengan kucing, pastu nanti simpan dalam album, hehe. Memang sedih, bila fikir masa tuh, lynn menangis seharian. Masa tuh, dalam fikiran memang nak terus balik Kedah, tapi ibu tak bagi, sebab ikut jadual lagi seminggu nak final exam untuk sem5. Rasa sedih sangat, tak dapat jumpa arwah or tengok muka arwah sebelum dia selamat dikebumikan. Bila call adik, memasing menangis tak boleh nak cakap apa. Kita yang berada jauh, lagi lah terasa kan.

Lepas habis exam, terus balik Kedah malam tuh juga, hati nih rasa tenang lah sikit, tak sabar nak jumpa family. Dua hari lepas, sesembang dengan ibu. Ibu cerita balik, masa lynn tadak kat sini. Masa tuh, memasing mengalir air mata, teringat balik hari tuh, cerita balik masa cuti Chinese new year haritu, time arwah masih ada. Banyak kenangan dengan arwah. Teringat arwah memang jenis kalut orangnya, jenis darah gemuruh. Kalau nak buat sesuatu benda mesti nak cepat, satu family jadi kalut sebabnya. And darah gemuruh and jenis kalut tuh memang turun kat kat kami semua, sampaikan ayah pun kekadang ikut kalut, hehe lawak. Dalam family, adik yang ketiga memang ikut sebiji perangai arwah, tapi dia tanak mengaku, hehe suka usik dia.

Hampir sebulan pemergian arwah..


Kucing kesayangan arwah, now makngah yang jaga.. Hehe, kucing ni pandai posing bila orang nak amik gambar dia.


Dia suka main nyorok nyorok bila kami balik sana. Dia mesti akan lari nyorok pastu nak kami cari dia, mengada kan, hehe.. Lagi satu, dia suka belai belai kat buntut arwah. Bila arwah duduk, mesti dia p belai belai, hehe.





Tuesday, March 12, 2013

0
Day 935 : Melakar Blog


Baucer Buku 1Malaysia


Assalamualaikum, semua.. Rasanya hampir 4bulan lynn dah tak update apa apa kat blog nih. Tapi tak hairan pun, sebab lynn memang jarang update blog dah sekarang. Alasan utamanya ‘kemalasan melanda diri ini’, hehe.. Sebelum ni, rajin sangat bertwitter, sampai kekawan pun kalau nak cari lynn mesti kat twitter punya lah, haha..  Nampak sangat lah, rajin scroll timeline tuh. Sepertinya, twitter sekarang nih bagaikan medium utama dalam perhubungan semasa, kan? But now, tak lagi dah, twitter dah deactivate, facebook plak diguna untuk update apa apa ja dari group membe, blog pun sebelum nih, lynn private kan untuk diri lynn sahaja, tapi sekarang open balik. Saya agak lah, mesti ramai hairan pesaipa lynn deactivate twitter tetiba kan? Mesti pelik ‘ehh lynn mana?’ hehe.. Semua Tanya, hehe.. Alaa biasa lah, macam macam hal, hehe..

By the way, lynn bukan nak bercakap pasal laman social. Perkara utama lynn nak kongsi hari nih, pasal voucher buku 1Malaysia tuh. Tadi pergi MPH dengan satu family, niat dalam hati ingat nak belanja dorang RM100 ja lah. Tapi sekali ayah amik dua buah buku RM120, tak sempat nak belanja adik adik punya buku. Last last, buat keputusan spend untuk dorang RM150 lah, itu pun kena tambah duit juga. Tapi takpalah, belanja untuk bahan bacaan dorang juga, stationary dorang, hehe. Tapi tahun ni punya belanja voucher buku strick sikit. Kalau nak belanja voucher buku, bahan bacaan kena melebihi stationary. Tadi beli note book pun, dorang cakap tak boleh pakai voucher buku?? Pelik tak? Magazine pun tak boleh guna voucher. Tahun lepas, heaven ja belanja voucher tuh, tapi tahun nih, strick sikit. So rasa heaven tuh kurang sikit lah, hehe. Tapi still rasa happy juga sebab dapat belanja untuk family, hehe.. Bukan selalu nak belanja untuk family, al maklumlah lynn masih berstatus student lah kan, esok kerja baru layak kalau nak belanja family, sebab duit atas usaha sendiri kan, hehe.. 




Saturday, January 12, 2013

0
Day 906 : Melakar Blog


Hari Jadi Si Dia...


Hari ni, bersamaan 12January2013 ialah hari jadi si dia! Lynn memang excited sangat selama berbulan bulan lynn tunggu hari ni, hehe. And kebetulan 12January jatuh pada hari Sabtu, so yeahh dapat sambut hari jadi bersama si dia,, nampak over je kan? Haha, padahal birthday si dia..  Mana taknya, dapat berjumpa dengan dia, setelah lama berabad kurun tak jumpa, hehe. Rasa sebak pun ada, nervous pun ada, semua lynn rasa sekarang nih. Even benda dah lama berlalu, tapi rasa perit tuh, masih lagi rasa jauh lubuk hati lynn. Hari nih, first time akan jumpa dia, setelah hampir 9bulan tak jumpa, harap okey....







Saturday, November 17, 2012

4
Day 819 : Melakar Blog


Inai

Sedikit comot, sebab adik adik semua pakat nak bubuh inai untuk lynn juga, hehe :)

Bila malam adik Mira baru nak lukis kat tapak tangan, hehe.. Tangan kanan

Tangan kiri, bulan :)




Sunday, October 28, 2012

3
Day 799 : Melakar Blog


Ragam Hari Raya Qurban..


Alhamdullilah, dapat menyambut raya qurban tahun ni dengan meriah bersama keluarga. Malam sebelum raya, kami berkumpul kat dapur dok dengar ibu bercerita tentang kawan dia, pergi beraya Qurban kat Mekkah tahun lepas tak silap. Orang-orang disana sambut raya Qurban dengan meriah sangat, tetapi menyambut raya Aidilfitri sehari ja, lepas tuh semuanya senyap. Berbeza di Malaysia, raya Aidilfitri sangat disambut meriah berbanding raya Qurban. Ibu cakap, sebabnya diaorang kat sana sedih menyambut raya Aidilfitri sebab bulan Ramadhan yang mulia pergi meninggalkan kita. Kalau difikirkan di Malaysia, even Ramadhan pergi meninggalkan kita, raya tetap raya kan kan kan? Haha, kebanyakkan macam tuh right? Sebenarnya cara diaorang sambut tuh ada betul juga, sebabnya takbir raya Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah dan takbir hari raya Aidiladha adalah pada 10, 11, 12 dan 13Zulhijjah. Lynn pun tak terfikir, sebelum ibu cerita pasal ni. By the way, raya tahun ni lain sikit, sebab kitaorang kena balik rumah tok petang tuh selepas sembahyang Jumaat. Selalunya, kitaorang sekeluarga akan stay rumah wan sampai malam. Bila dah balik kampung, dah semestinya pergi melepak kat titi favourite kitaorang time kecik dedulu, hehe. Tapi sayang tak sempat nak amik gambar raya kat rumah wan sebab, lepas sembahyang raya semua pakat dok lapaq. Ohh ya, raya Qurban kali ni, kitaorang amik gambar 277keping! Haha, gila lah lagi banyak berbanding raya Aidilfitri, hehe..


Kali ni amik gambar depan Masjid Muzaffar Shah plak, selalu amik gambar masjid je kan, hehe. Saya dengan ibu lebih kurang sama tinggi je kan, hehe..

View, dari belakang rumah tok. 

Biasalah, adik Zhafir dia suka mengusik..


Tengah pujuk adik Zhafir, nak amik gambar sekali. Haha, kesian depan kena melayan kakak depa yang manja sorang ni, hik3..

Yeahh dapat juga, tidak susah nak amik gambar dia. Dia cakap ni sebab raya ja dia kasi permission, haha bengong gila kekonon macam VVIP..

 Berjalan hingga hujung kampung

Gambar ni lawa, tapi blur plak. Hurmm, tetap nak letak sebab suka :(

Dok nak perbetulkan gelang, hehe

Time ni kami dok melawan mulut last last jadi lawak, dah tak ingat pasai apa ;)

Ni pun blur, sayangnya..

Niat sebenarnya nak amik gambar adik Mubin. Tapi kemain susah gila nak amik gambar dia, mesti dia tunduk tamau mau nuh, hehh. 

Haa tengok lah budak belakang tuh, tunduk bagai nak qak ja.

Hak ni terpaksa crop, sebab orang sebelah tuh satg bising masuk gambar dia..

Pipi nampak tembam sikit, haha lantak pi lah. Hanya untuk sesuka kan ;)

Hak ni speechless tatau nak cakap apa, adik dok mengusik, hehe..



Terjumpa seekor ayam ni, dia tersangkut kat jaring, kesian dia..

Usaha menyelamatkan ayam yang tersangkut tuh.

Dekat 10minit dah tunggu tapi tak terlepas juga. Ayam tuh asyik bising ja, kitaorang pun sereyau kot kot tuan dia mai satg, tunduh kita nak cedera ayam dia plak.

Puteri lilin dah tak tahan, cau dulu lah. Gila, petang tuh panas so tinggal depa belakang tuh, haha.






Sekali puteri lilin ni berletiaq dengan cekak pinggang, adik Zhafir pun lari, kuang hasam betoi, haha..

Buat muka simpati dekat Zhafir sebab nak dia belanja ais krim, panas..

Semua pakat takot nak dekat dengan lembu tuh. Kitaorang buli Amir suruh dia pi dekat dengan lembu tuh, haha. 

Dalam dok ketaq tuh, berani juga dia pegang kepala lembu tuh, haha. Good Amir ;)

On the way, balik rumah wan. Ayah naik kereta lagi satu, sebab tak celuih nak naik satu kereta hehe. Ibu dok cerita lawak apatah, hehe.

Nak masukkan semua dalam gambar memang tak celuih lah kan, haha. Yang tengah tuh paling sengal sekali, hehe.


Dengan kesempatan ni, lynn nak ucapkan Selamat Hari Raya Qurban buat semua orang, semoga raya Qurban ni kita dapat menghayati keikhlasan dan pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu daripada Allah s.w.t. Tak lupa juga kepada Mohd Faiz Bin Omar dan sekeluarga.